Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Konvokesyen KV kembali ke Sabah: 1,000 graduan TVET bakal dirai esok
Published on: Wednesday, April 15, 2026
Published on: Wed, Apr 15, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Konvokesyen KV kembali ke Sabah: 1,000 graduan TVET bakal dirai esok
Kota Kinabalu: Seramai 1,000 graduan diploma daripada sembilan Kolej Vokasional (KV) di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diraikan dalam satu majlis konvokesyen bersejarah, menandakan kembalinya acara itu ke zon Sabah dan Labuan buat kali pertama sejak 2019.

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional ke-10 di bawah Kementerian Pendidikan yang dijadual berlangsung esok (16 April) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisement
Acara berprestij itu mengiktiraf pencapaian graduan berasaskan kemahiran yang dilatih di bawah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) kementerian berkenaan.

Pengerusi Majlis Pengarah Kolej Vokasional Zon Sabah dan Labuan, Ahmad Fakhrurazi Hamzah, yang juga Pengarah Kolej Vokasional Lahad Datu, berkata majlis itu menjadi platform penting bagi menghargai pelajar yang berjaya menamatkan pengajian diploma dalam pelbagai bidang kemahiran termasuk pertanian, hospitaliti, kulinari, ICT serta mekanikal dan pembuatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain meraikan graduan, pelajar cemerlang turut akan diberi pengiktirafan menerusi Anugerah Pelajar Terbaik Program (APTP).

“Konvokesyen ke-10 ini bukan sekadar simbolik, sebaliknya membuktikan keberkesanan sistem pendidikan vokasional dalam melahirkan modal insan kompeten yang bersedia memasuki industri sebagai tenaga kerja mahir,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata majlis itu juga dijangka menjadi pemangkin kepada graduan untuk sama ada memasuki pasaran kerja atau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Ahmad Fakhrurazi turut berharap graduan bukan sahaja menjadi pencari kerja, malah mampu mencipta peluang pekerjaan dengan memanfaatkan kemahiran teknikal serta elemen keusahawanan yang diterapkan sepanjang pengajian.

Advertisement
Majlis itu dijangka menetapkan penanda aras baharu dalam memperkasa kecemerlangan TVET di rantau ini, selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing di peringkat global.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here