Thu, 16 Apr 2026
Headlines:
Kebun Dapur App bakal dilancar untuk bantu perkukuh sekuriti makanan Sabah: Jamawi
Published on: Monday, April 13, 2026
Published on: Mon, Apr 13, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kebun Dapur App bakal dilancar untuk bantu perkukuh sekuriti makanan Sabah: Jamawi
JAMAWI (kedua dari kanan) menyerahkan anak ayam penelur kepada peserta kursus sambil disaksikan Ketua Seksyen Pembangunan Komoditi, Kennedy Juani (tengah).
Tuaran: Usaha memperkasa sekuriti makanan Sabah terus diperkukuh apabila aplikasi digital Kebun Dapur App dilancarkan dalam tempoh sebulan lagi oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata pembangunan aplikasi itu merupakan langkah strategik dalam memodenkan ekosistem pemasaran hasil pertanian dan ternakan di peringkat komuniti.

Advertisement
Menurutnya, aplikasi berkenaan membolehkan pengguna mendapatkan maklumat bekalan semasa secara masa nyata, termasuk jumlah hasil tanaman dan ternakan di seluruh negeri hanya melalui telefon pintar.

“Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengetahui jumlah bekalan seperti kobis di Kundasang atau ikan tilapia di Sabah pada hari tertentu, sekali gus membantu dalam perancangan pembelian,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan kursus ternakan ayam penelur di Kampung Karambunai Baru, di sini, Ahad.

Tambahnya, aplikasi itu juga berfungsi sebagai platform yang menghubungkan pengeluar terus kepada pembeli tanpa melalui orang tengah.

Advertisement
“Petani boleh memaklumkan lebih awal jumlah pengeluaran mereka, manakala pembeli boleh membuat tempahan terus melalui aplikasi. Ini akan mewujudkan rantaian bekalan yang lebih cekap dan telus,” katanya.

Dalam masa sama, Jamawi berkata inisiatif itu mampu mengurangkan ketidakseimbangan harga yang sering berlaku akibat peranan orang tengah.

Advertisement
“Situasi hasil dibeli pada harga rendah di kampung tetapi dijual tinggi di bandar adalah tidak adil kepada petani. Aplikasi ini membantu menangani isu tersebut,” katanya. Beliau turut memaklumkan pendekatan digital itu dijangka meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan selain mengurangkan pembaziran hasil melalui perancangan penawaran dan permintaan yang lebih sistematik.

Mengulas lanjut, beliau berkata program Kebun Dapur yang digerakkan kerajaan negeri turut menumpukan kepada pengeluaran makanan secara sara diri di peringkat isi rumah.

“Inisiatif ini menggalakkan masyarakat menternak ayam, itik serta menanam sayur-sayuran di sekitar rumah bagi mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Beliau turut mendedahkan Sabah ketika ini masih bergantung sehingga 95 peratus kepada import makanan ternakan, sekali gus memberi kesan kepada kos pengeluaran apabila berlaku kenaikan harga global.

Sehubungan itu, kerajaan negeri giat menyediakan latihan dan bimbingan secara praktikal di lapangan, termasuk kursus ternakan ayam penelur serta penghasilan dedak menggunakan sumber tempatan.

“Kita tidak melaksanakan program di hotel, sebaliknya terus di lapangan supaya peserta dapat melihat dan memahami kaedah sebenar,” katanya.

Selain itu, pusat pengumpulan hasil pertanian dan ternakan turut diaktifkan di setiap kawasan Parlimen bagi memudahkan pemasaran lebihan hasil komuniti.

Dalam perkembangan sama, Jamawi berharap lebih ramai golongan muda merebut peluang sebagai usahawan dalam sektor pertanian dan ternakan.

“Dengan sokongan teknologi seperti Kebun Dapur App, kita yakin sektor ini mampu berkembang pesat dan memberikan pulangan lebih baik kepada rakyat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here