Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Tuntutan hasil 40 peratus kekal keutamaan Sabah
Published on: Wednesday, April 15, 2026
Published on: Wed, Apr 15, 2026
Text Size:
Text:
Tuntutan hasil 40 peratus kekal keutamaan Sabah
Masidi berkata hubungan kukuh antara kedua-dua pentadbiran itu penting dalam memastikan agenda pembangunan negeri dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tersusun dan berkesan demi kesejahteraan rakyat di seluruh Sabah.
Kota Kinabalu: Kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan terus diperkukuh bagi memastikan pembangunan yang lebih inklusif dan mampan serta memberi manfaat langsung kepada rakyat Sabah.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata hubungan kukuh antara kedua-dua pentadbiran itu penting dalam memastikan agenda pembangunan negeri dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tersusun dan berkesan demi kesejahteraan rakyat di seluruh Sabah.

Advertisement
Beliau menegaskan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk tuntutan hasil 40 peratus Sabah, kekal sebagai keutamaan utama kerajaan negeri.

Menurutnya, kedua-dua pihak bersetuju agar pelaksanaan perkara itu dipercepatkan bagi memastikan hak Sabah direalisasikan sepenuhnya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Masidi berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Mustapha Sakmud bersama delegasinya di pejabatnya, di sini, Isnin.

Dalam pertemuan itu, beliau turut menekankan kepentingan penyelarasan berterusan antara agensi Persekutuan dan negeri bagi memastikan setiap keputusan yang dicapai dapat dilaksanakan dengan berkesan di peringkat akar umbi.

Advertisement
Beliau turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa bersedia dalam mengurus ekonomi negeri berdepan ketidaktentuan global semasa.

Katanya, konflik antarabangsa, tekanan inflasi dan turun naik pasaran global boleh memberi kesan langsung kepada ekonomi tempatan jika tidak ditangani dengan strategi yang sesuai.

Advertisement
Masidi berkata usaha memperkukuh kedudukan ekonomi negeri amat penting bagi memastikan pembangunan yang seimbang dan konsisten.

“Kerajaan Negeri perlu terus mengamalkan perbelanjaan berhemah serta memberi tumpuan kepada semua sektor bagi memastikan kestabilan ekonomi Sabah terus terpelihara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here