Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Kepelbagaian di Sabah bukan cabaran tapi kekuatan: Joachim
Published on: Tuesday, April 14, 2026
Published on: Tue, Apr 14, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Kepelbagaian di Sabah bukan cabaran tapi kekuatan: Joachim
DR Joachim menyampaikan sayur- sayuran dari tanah tinggi Kundasang kepada penduduk.
RANAU: Amalan kunjung-mengunjung ketika musim perayaan terus menjadi asas kukuh perpaduan di Sabah sekali gus mencerminkan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.

Timbalan Ketua Menteri l Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata budaya meraikan perayaan merentasi agama serta etnik yang diamalkan sejak sekian lama terus membentuk landskap sosial negeri ini.

Advertisement
“Semasa Krismas kita menjemput mereka dan ketika Hari Raya mereka menjemput kita. Ini adalah amalan yang perlu dipelihara kerana agama tidak seharusnya memecahbelahkan masyarakat,” 

“Kepelbagaian etnik di Sabah bukan satu cabaran sebaliknya kekuatan selain hubungan kekeluargaan merentasi agama dan budaya menjadi keunikan negeri Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tradisi seumpama ini membantu mengekalkan keamanan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri di Mini Dewan Timbua.

Majlis yang menghimpunkan penduduk setempat dan pemimpin komuniti itu turut menjadi platform interaksi antara wakil rakyat dan masyarakat akar umbi selepas pilihan raya baru-baru ini.

Advertisement
Dr Joachim yang juga Menteri Kerja Raya Sabah mengakui cabaran dalam portfolio baharunya namun berikrar untuk memberikan terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Selain mesej perpaduan acara itu turut menekankan usaha pembangunan komuniti apabila beliau menggesa pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru dilantik agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Advertisement
Beliau berkata peranan JKKK amat penting dalam memastikan kestabilan di peringkat akar umbi.

Dalam pada itu Dr Joachim turut menghargai pencapaian akademik dengan mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain menggalakkan mereka yang kurang berjaya supaya tidak berputus asa.

“Perjalanan anda masih panjang. Terus berusaha dan jangan berhenti mencuba,” katanya.

Majlis itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh perpaduan, menyokong pendidikan dan memperkasa kepimpinan tempatan.

Sumbangan turut disalurkan kepada komuniti termasuk bantuan kepada 11 anak yatim, penyampaian anugerah kepada 10 pelajar cemerlang SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Timbua, penyerahan watikah pelantikan kepada 11 pengerusi JKKK serta agihan sayur-sayuran segar dari tanah tinggi Kundasang kepada hadirin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here