Sun, 12 Apr 2026
Headlines:
‘Tuntutan hak Sabah perlu diselesai tanpa berlengah’
Published on: Wednesday, April 08, 2026
Published on: Wed, Apr 08, 2026
By: Syah Abdul Rahman
Text Size:
Text:
‘Tuntutan hak Sabah perlu diselesai tanpa berlengah’
Jafry berkata hak berkenaan tidak boleh dipinggirkan kerana ia melibatkan implikasi besar ke atas pembangunan Sabah.
UMNO Sabah menegaskan pendiriannya kekal dengan rakyat Sabah bahawa tuntutan pembayaran hak cukai 40 peratusnya perlu diselesaikan tanpa berlengah walaupun proses perundangan sedang berjalan.

Pengerusi Umno Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata hak berkenaan tidak boleh dipinggirkan kerana ia melibatkan implikasi besar ke atas pembangunan Sabah.

Advertisement
“Walaupun kita terikat dengan prosedur kerajaan dan menghormati proses mahkamah tuntutan ini adalah hak Sabah yang sewajarnya dilaksanakan,” katanya.

Menurut Jafry, Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran untuk rayuan didengar selepas permohonan dikemukakan oleh Peguam Negara.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita hormati proses rayuan itu namun dari segi prinsip hak ini tetap perlu ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata perkara itu termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bukan hanya disuarakan oleh Umno semata-mata bahkan turut mendapat sokongan rakyat, parti politik lain, pertubuhan bukan kerajaan serta Kerajaan Sabah.

Advertisement
“Tuntutan ini penting bagi membantu mempercepatkan pembangunan infrastruktur Sabah yang masih ketinggalan berbanding negeri lain,” katanya.

Mengenai sama ada ia perlu dibawa sebagai usul dalam persidangan Umno di peringkat cawangan dan bahagian, katanya, perkara itu bergantung kepada perwakilan. 

Advertisement
“Kita tidak boleh arahkan tetapi lazimnya cawangan atau bahagian akan membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi untuk dibahaskan,” katanya.

Sebagai parti yang membentuk kerajaan Sabah, tambahnya, Umno Sabah akan terus bertegas agar penyelesaian tuntutan itu dilaksanakan selaras semangat dan kandungan MA63.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here