Thu, 16 Apr 2026
Headlines:
Sukan platform bentuk disiplin pelajar
Published on: Monday, April 13, 2026
Published on: Mon, Apr 13, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Sukan platform bentuk disiplin pelajar
VICTOR beramah mesra dengan kontinjen yang menyertai kejohanan.
TAMBUNAN: Bidang sukan bukan sekadar medan persaingan untuk menentukan pemenang, sebaliknya merupakan platform terbaik dalam membentuk sahsiah, disiplin tinggi, serta semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.

Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Sabah, Dato’ Victor P. Paut berkata, nilai-nilai murni yang diterapkan melalui aktiviti sukan adalah bekalan penting bagi menyediakan generasi muda mendepani cabaran kehidupan pada masa hadapan.   

Advertisement
Sukan adalah medium untuk membina daya tahan diri. Kemenangan bukanlah segala-galanya, dan kekalahan pula bukanlah pengakhiran. Apa yang lebih utama adalah usaha, semangat juang dan keazaman untuk terus mencuba,” katanya.  

Victor berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Sukan SM St. Martin Tambunan Kali Ke-56 bagi tahun 2026, di sini baru-baru ini.  ​

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu, bagi menyokong pembangunan bakat dan kelangsungan aktiviti kokurikulum di sekolah tersebut, Victor turut mengumumkan kelulusan sumbangan dana berjumlah RM9,000.  

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8,000 diperuntukkan bagi tujuan perbelanjaan kemajuan sukan sekolah, manakala RM1,000 lagi disumbangkan untuk menyokong penyertaan Pasukan Koir SM St. Martin Tambunan ke 3rd Festival Koir ke-3 2026.   

Advertisement
Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meningkatkan kemudahan sukan serta menyokong pembangunan bakat pelajar. 

“Dengan kemudahan yang lebih baik, saya percaya lebih ramai pelajar berpeluang menyerlahkan potensi mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.  

Advertisement
Dalam ucapannya, Victor turut memuji integriti dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para atlet sekolah yang saling menghormati lawan meskipun dalam kehangatan persaingan.  

Menurutnya, pembangunan pelajar yang seimbang tidak seharusnya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi perlu diintegrasikan dengan aktiviti kokurikulum yang mantap.  

​”Jadilah generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga unggul dalam aspek sahsiah dan kepimpinan,” tambahnya lagi.  

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua SM St. Martin Tambunan, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, serta ibu bapa.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here