Thu, 16 Apr 2026
Headlines:
Jemaah haji perlu jaga kesihatan, patuhi nasihat petugas: Hajiji
Published on: Monday, April 13, 2026
Published on: Mon, Apr 13, 2026
Text Size:
Text:
Jemaah haji perlu jaga kesihatan, patuhi nasihat petugas: Hajiji
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam. 
Kota Kinabalu: Jemaah haji diingatkan supaya sentiasa mematuhi nasihat petugas haji, menjaga pemakanan dan tidak memaksa diri melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata jemaah perlu segera mendapatkan rawatan di klinik Tabung Haji (TH) sekiranya berasa diri tidak sihat.

Advertisement
“Dalam keadaan dunia yang semakin mencabar termasuk perkembangan geopolitik di Asia Barat dan Timur Tengah jemaah haji dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi segala arahan ditetapkan.

“Sekiranya ada masalah atau persoalan, segeralah berhubung dengan pihak TH untuk mendapatkan sebarang maklumat,” katanya ketika berucap sempena Kursus Perdana Haji Musim Haji 1447H/2026M Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat) pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam. 

Dalam pada itu Hajiji turut mengingatkan semua jemaah haji agar menjaga reputasi baik jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.

Advertisement
“Jemaah haji Malaysia dikenali sebagai antara yang paling berdisiplin, tertib dan berakhlak baik.

“Reputasi ini perlu terus dipelihara kerana jemaah bukan sahaja membawa nama baik diri sendiri malah mewakili Malaysia di  umat Islam dari seluruh dunia.

Advertisement
“Sepanjang berada di sana, jemaah perlu sentiasa bersabar berdepan suasana yang berbeza berbanding di tanah air termasuk keadaan sesak dengan jutaan umat Islam serta cuaca panas dan berdebu,” ujarnya.

Terdahulu Kursus Perdana Haji (KPH) tersebut disertai 502 bakal jemaah haji dari Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.

KPH mempersiapkan bakal jemaah haji dari aspek mental, fizikal dan kefahaman haji menerusi modul praktikal manasik haji seperti tawaf, saie dan melontar jamrah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here