Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
‘Rumah Tengkorak’ tarikan baharu bakal pacu pelancongan Tenom
Published on: Tuesday, April 14, 2026
Published on: Tue, Apr 14, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Rumah Tengkorak’ tarikan baharu bakal pacu pelancongan Tenom
RUMAH Tengkorak dijangka jadi tarikan utama di PKMST.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar terus komited memperkasakan pelancongan berasaskan warisan menerusi pelaksanaan Projek Meningkatkan Produk Pelancongan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah, Tenom (PKMST).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata projek itu merupakan inisiatif strategik yang memberi penekanan kepada pemeliharaan identiti budaya masyarakat Murut di samping meningkatkan daya tarikan pelancongan negeri secara mampan.

Advertisement
“Pendekatan pembangunan projek ini berteraskan prinsip keaslian, penceritaan sejarah serta pengalaman ruang yang imersif bagi memastikan pengunjung bukan sahaja melihat, tetapi benar-benar menghayati warisan budaya masyarakat Murut,” katanya dalam kenyataan selepas melawat projek itu pada Ahad.

Projek yang bermula pada 6 Mei 2025 dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh setahun dengan kos kontrak berjumlah RM825,559.60.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jafry berkata antara komponen utama itu ialah pembinaan “Rumah Tengkorak” yang bakal menjadi bangunan ikonik dan tarikan utama di kawasan berkenaan. 

“Bangunan ini akan berfungsi sebagai pusat interpretasi budaya yang menempatkan pameran sejarah, artifak tradisional serta ruang tayangan bagi memperkenalkan asal usul masyarakat Murut kepada pengunjung.

Advertisement
“Reka bentuk Rumah Tengkorak ini diterjemahkan secara simbolik sebagai lambang sejarah dan warisan, dengan susun atur ruang yang membawa pengunjung melalui satu perjalanan penceritaan budaya yang tersusun dan bermakna,” katanya.

Selain itu projek berkenaan turut merangkumi pembangunan 10 unit pondok kuburan yang mewakili pelbagai subetnik Murut seperti Murut Tagol, Timugon dan Tangara dengan setiap struktur direka berasaskan identiti seni bina tersendiri.

Advertisement
Jafry berkata pembangunan itu bukan sahaja berperanan sebagai produk pelancongan malah sebagai platform pendidikan dan pemahaman sejarah yang mampu memperkukuh identiti budaya tempatan serta memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat melalui aktiviti pelancongan dan program interpretasi budaya.

“Saya yakin projek ini akan menjadi satu lagi ikon pelancongan budaya yang signifikan di Sabah khususnya di Tenom sekali gus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan budaya dan warisan yang bertaraf dunia,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here