Sun, 12 Apr 2026
Headlines:
Loji tapis minyak di Sabah tak mustahil
Published on: Friday, April 10, 2026
Published on: Fri, Apr 10, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Loji tapis minyak di Sabah tak mustahil
“Dengan perkembangan yang begitu memberangsangkan, saya fikir beberapa bentuk penapisan perlu dibina di negeri ini,” kata Masidi (kiri) ketika mengulas cadangan yang disiarkan dalam Daily Express oleh bekas KM Harris (kanan).
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah terbuka untuk meneliti semula cadangan lama bagi membina sebuah loji penapisan minyak di negeri ini susulan gesaaan baharu serta perkembangan terkini dalam sektor berkenaan termasuk penemuan lebih banyak sumber di perairan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kimanis sebelum ini telah dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi dan masih relevan ketika Sabah berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam segmen hiliran industri.

Advertisement
“Ya, mungkin sudah tiba masanya untuk kita meneliti semula cadangan itu lebih-lebih lagi dengan penemuan minyak yang semakin banyak khususnya di Pantai Timur Sabah.

“Dengan perkembangan yang begitu memberangsangkan, saya fikir beberapa bentuk penapisan perlu dibina di negeri ini,” katanya ketika mengulas cadangan yang disiarkan dalam Daily Express oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Mohd Salleh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Harris, yang dikenali kerana memacu Sabah ke arah pembangunan pesat selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 1976 melalui Berjaya selepas sembilan tahun suram Usno, berkata krisis global semasa akibat perang Iran yang berlarutan di Asia Barat yang tegang mungkin akhirnya memberi kewajaran kepada cadangan terbabit.

Perang itu telah menyebabkan sekatan di Selat Hormuz yang strategik, laluan utama sebahagian besar bekalan minyak dunia. Harga minyak mentah melonjak melebihi AS$100 setong, selain kos penghantaran dan insurans yang tinggi, sebelum kembali susut di bawah AS$100 susulan pengumuman gencatan senjata selama dua minggu.

Advertisement
Harris berkata Kerajaan Persekutuan sekian lama mengabaikan logik membina kapasiti penapisan lebih dekat dengan kawasan pengeluaran lebih 60 peratus minyak dan gas Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak.

Negarawan veteran itu menjawab persoalan mengapa Sabah, walaupun merupakan pengeluar utama minyak dan gas, tidak mempunyai penapisan sendiri sedangkan kemudahan terbabit dibina di Johor dan Melaka di seberang Laut China Selatan yang langsung tidak mempunyai sumber minyak atau gas.

Advertisement
Harris mencadangkan Labuan dijadikan pusat penapisan dan penyimpanan bagi pasaran Asia Timur dan Asia Utara khususnya China yang sangat bergantung kepada minyak Iran.

Masidi berkata demikian selepas merasmikan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Hibiscus Petroleum Malaysia pada Khamis. Turut hadir Pengerusi Hibiscus Petroleum Berhad Zainum Rahim Mohd Zain, Ketua Negara Malaysia dan Vietnam Hibiscus Petroleum Dr Pascal Hos serta pegawai kanan lain.

Masidi, yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata pelbagai pertimbangan — termasuk perubahan dalam industri dan daya maju komersial — telah mempengaruhi keputusan terdahulu untuk menempatkan kemudahan tersebut di lokasi lain.

Katanya, isu itu telah lama menjadi perdebatan di Sabah kerana minyak mentah yang digali dari negeri ini dihantar untuk ditapis di tempat lain yang jauh.

“Kadang-kadang sukar untuk orang memahami mengapa minyak itu dari Sabah tetapi penapisan dibina di tempat lain.

“Saya adalah anggota Kerajaan Negeri semasa era Barisan Nasional (BN). Ini adalah perkara yang telah lama kami cuba tekankan kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Petronas…untuk mewujudkan penapisan di Sabah.”

“Saya fikir terdapat banyak pertimbangan mengapa pelaburan dibuat di tempat lain dan kita faham perkara itu.

“Namun, itu tidak bermakna kita tidak mahukan penapisan di Sabah. Kita kekal dengan pendirian terbabit,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here