Thu, 16 Apr 2026
Headlines:
JKKK disaran perkukuh peranan penghubung kerajaan dan rakyat
Published on: Monday, April 13, 2026
Published on: Mon, Apr 13, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
JKKK disaran perkukuh peranan penghubung kerajaan dan rakyat
BEAUFORT: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Klias Ali Hassan Sirin menegaskan pelantikan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bukan sekadar pengiktirafan sebaliknya satu amanah besar untuk berkhidmat kepada rakyat dengan penuh komitmen dan ikhlas.

“JKKK merupakan barisan paling hampir dengan rakyat di peringkat kampung dan perlu memainkan peranan sebagai penghubung berkesan antara kerajaan dan masyarakat.

Advertisement
“Setiap dasar, inisiatif serta bantuan kerajaan perlu disampaikan dengan jelas supaya tidak terhenti di atas kertas sebaliknya sampai ke peringkat akar umbi dan dirasai manfaatnya oleh rakyat.

“Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor terus melaksanakan pelbagai usaha untuk kesejahteraan rakyat menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (2026–2030) termasuk program pembangunan yang lebih inklusif dan mampan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian dalam amanat ringkas pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi dan Biro-Biro JKKK Klias bagi sesi 2026-2030 yang diadakan di pejabat Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian baru-baru ini.

Beliau berkata antara inisiatif dilaksanakan termasuk Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur) yang diteruskan pada 2026 dengan pemberian bantuan kewangan bulanan kepada penerima layak yang dijangka meningkat kepada 140,000 orang.

Advertisement
Selain itu Kerajaan Negeri turut menyalurkan bantuan kebajikan, memperkukuh pembangunan modal insan serta melaksanakan inisiatif seperti Rumah Mesra SMJ bagi membantu golongan memerlukan.

Menurutnya semua usaha tersebut perlu dibawa dan dijelaskan oleh kepimpinan JKKK di peringkat kampung supaya rakyat memahami peranan kerajaan dalam menyediakan bantuan, peluang dan perancangan pembangunan.

Advertisement
Ali Hassan turut merakamkan penghargaan kepada Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Klias Datuk Isnin Aliasnih atas kepercayaan dalam membentuk barisan kepimpinan bermula dari peringkat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan JKKK.

“Semoga semua yang dilantik dapat menjalankan amanah ini dengan penuh tanggungjawab, sentiasa dekat dengan rakyat, mendengar suara mereka serta menyelesaikan permasalahan di peringkat akar umbi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here