Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
‘Bersedia hadapi kenaikan kos sara hidup’
Published on: Tuesday, April 14, 2026
Published on: Tue, Apr 14, 2026
Text Size:
Text:
‘Bersedia hadapi kenaikan kos sara hidup’
Kota Kinabalu: Rakyat di negara ini perlu bersedia menghadapi kemungkinan peningkatan kos sara hidup susulan ketidaktentuan ekonomi global dan tekanan terhadap harga minyak dunia.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), Datuk Masiung Banah berkata harga bahan api di seluruh negara berkemungkinan diseragamkan sekiranya ketegangan global terus menjejaskan pasaran tenaga.

Advertisement
“Jika krisis ekonomi global berpanjangan dan konflik antara Iran serta Amerika Syarikat atau Israel semakin memuncak, tidak mustahil harga petroleum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung akan diseragamkan,” katanya kepada pemberita di Kampung Kuala Keramuak, Tongod.

Pada masa ini, Malaysia melaksanakan sistem subsidi bahan api bersasar yang mengekalkan harga runcit stabil walaupun berlaku turun naik pasaran global.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Harga petrol RON95 kini disubsidi pada kadar RM1.99 seliter bagi Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Tanpa subsidi, harga RON95 dianggarkan melebihi RM4 seliter berdasarkan petunjuk pasaran mingguan.

Bagi diesel pula, struktur harga berbeza mengikut wilayah dan sektor. Di Semenanjung, harga diesel diapungkan secara mingguan dan dalam kitaran terkini melebihi RM6 seliter, manakala diesel bersubsidi pada RM2.15 seliter hanya ditawarkan kepada sektor tertentu seperti logistik, pengangkutan awam dan pertanian.

Advertisement
Di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel ditetapkan pada RM2.15 seliter di bawah mekanisme berasingan.

Masiung, yang juga Adun Kuamut, berkata peningkatan harga minyak dunia akan memberi kesan langsung kepada kos barangan keperluan harian, khususnya barangan import, berikutan kenaikan kos pengangkutan dan logistik.

Advertisement
“Peningkatan harga minyak dunia sudah pasti membawa kepada kenaikan harga barangan keperluan harian, terutamanya barangan import,” katanya.

Beliau turut menyatakan sistem subsidi bahan api negara kini berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat, sekali gus menyukarkan kerajaan untuk mengekalkan sokongan menyeluruh dalam jangka panjang.

Menurutnya, struktur subsidi di Sabah dan Sarawak juga berkemungkinan dikaji semula sekiranya kekangan kewangan kerajaan semakin ketara.

“Kita perlu bersedia menghadapi peningkatan kos sara hidup akibat ketidaktentuan ekonomi global kerana keadaan ini tidak dapat dielakkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa isi rumah mengamalkan perbelanjaan berhemah bagi menghadapi kemungkinan kenaikan kos.

Masiung berkata anggaran semasa menunjukkan beban subsidi bahan api negara mencecah sekitar RM6 bilion sebulan, mencerminkan perbelanjaan besar kerajaan untuk mengekalkan harga runcit pada tahap stabil.

Walaupun sistem sedia ada masih melindungi pengguna daripada turun naik harga global, beliau berpandangan ketidaktentuan berpanjangan dalam pasaran tenaga berpotensi mendorong Malaysia ke arah struktur harga bahan api yang lebih seragam di seluruh negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here