Thu, 16 Apr 2026
Headlines:
Kerjasama perkasa kelestarian Bahasa Melayu dan penulisan
Published on: Monday, April 13, 2026
Published on: Mon, Apr 13, 2026
Text Size:
Text:
Kerjasama perkasa kelestarian Bahasa Melayu dan penulisan
JASNI (tengah) bersama Sarin, semasa menandatangani memorandum berkenaan di SK Pekan Kimanis.
PAPAR: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) akan memperkasa usaha kelestarian Bahasa Melayu dan bidang penulisan di peringkat akar umbi melalui jalinan kerjasama strategik dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kimanis.

Presiden Bahasa, Datuk Jasni Matlani berkata, menerusi majlis menandatangani Memorandum Kerjasama Strategik Kecemerlangan Penulisan dan Bahasa Melayu antara Bahasa dan SK Pekan Kimanis, kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan program berkembar dua hala yang dirangka khusus bagi mencungkil bakat baharu serta memartabatkan kualiti bahasa Melayu dan penulisan dalam kalangan warga pendidik dan murid.

Advertisement
“Kerjasama itu turut menumpu kepada usaha meningkatkan kecemerlangan akademik Bahasa Melayu di SK Pekan Kimanis, seterusnya menjana pertukaran idea, pengalaman, kreativiti dan inovasi dalam bidang penulisan kreatif,” kata Jasni.

Jasni, yang juga Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia, turut menegaskan inisiatif itu merupakan langkah proaktif bagi memastikan penguasaan Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, malah sebagai wahana ilmu dan kreativiti yang dinamik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Program berkembar itu bertujuan membina kecemerlangan Bahasa Melayu dan memperkukuh kemahiran penulisan, khususnya berkaitan sastera, secara lebih sistematik melalui perkongsian kepakaran antara penggiat seni penulisan dan sastera dengan institusi pendidikan.

“Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja mahir berbahasa, tetapi juga mampu menghasilkan karya penulisan kreatif dan bukan kreatif yang bermutu tinggi,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum kerjasama itu, 8 April lalu.

Advertisement
Jasni menambah, kerjasama tersebut selari dengan usaha melahirkan masyarakat berilmu melalui pembudayaan aktiviti literasi dan kepenulisan yang lebih meluas.

Beliau berkata penglibatan sekolah dalam program seumpama itu amat penting bagi memastikan gerakan kepenulisan, seni bahasa dan sastera di Sabah terus berkembang subur serta relevan dengan arus pembangunan semasa.

Advertisement
Majlis itu turut menyaksikan kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk melaksanakan pelbagai program pengisian termasuk bengkel penulisan, aktiviti bimbingan sastera, sumbangan buku serta program pengayaan bahasa dan sastera yang akan dijalankan secara berkala.

Turut hadir Guru Besar SK Pekan Kimanis, Sarin Baharuddin; Penolong Kanan Pentadbiran, Rosita Nasri; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rose Salvia A. Mahmud; Penolong Kanan Kokurikulum, A. Romzey Ismail; Penyelaras Pusat Sumber, Julainah Sanawi; Ketua Panitia Bahasa Melayu, DK Hadizah Pg Abbas serta beberapa Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bahasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here