Wed, 15 Apr 2026
Headlines:
Anak Sepanggar digesa rebut peluang pendidikan: Mustapha
Published on: Sunday, April 12, 2026
Published on: Sun, Apr 12, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Anak Sepanggar digesa rebut peluang pendidikan: Mustapha
Dalam usaha memastikan tiada pelajar tercicir, Mustapha berkata bantuan kewangan secara sekali beri turut disediakan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi atau TVET.
Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud menyeru anak muda di kawasan parlimen itu yang menerima tawaran ke universiti atau institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tampil memaklumkan pihaknya bagi membolehkan bantuan disalurkan.

Beliau berkata usaha memastikan setiap anak di Parlimen Sepanggar mendapat akses pendidikan yang lebih baik terus diperkasakan menerusi pelbagai inisiatif termasuk tuisyen percuma, bantuan kewangan serta sokongan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Advertisement
“Di Parlimen Sepanggar, kita berpaksikan kepada polisi yang kita panggil dasar berasaskan pendidikan. Maknanya kita memperuntukkan sebahagian besar daripada dana parlimen kita untuk memastikan anak-anak Sepanggar dijaga dari segi pendidikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Siap Kampung Angkat Madani di Pulau Sepanggar, di sini pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mustapha berkata inisiatif tuisyen percuma telah dilaksanakan di pejabat parlimen beliau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya dan SMK Telipok, dengan perancangan ia turut dibuka di SMK Tebobon pada tahun ini.

Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata pelajar yang mencapai keputusan cemerlang turut diberikan pengiktirafan sebagai galakan untuk terus berjaya dalam pendidikan.

Advertisement
Dalam usaha memastikan tiada pelajar tercicir, beliau berkata bantuan kewangan secara sekali beri turut disediakan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi atau TVET.

Selain itu, beliau berkata aspek pendidikan agama turut diberi perhatian termasuk usaha menyediakan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di kawasan yang belum mempunyai kemudahan tersebut.

Advertisement
Mustapha berkata pendidikan kunci utama untuk mengubah taraf hidup masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar yang berhadapan kekangan akses dan peluang.

Beliau berkata pendidikan juga membolehkan anak tempatan keluar daripada kitaran kemiskinan dan menyumbang kepada pembangunan keluarga serta komuniti pada masa depan.

Mengenai projek Kampung Angkat Madani di Pulau Sepanggar yang diterajui Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Sabah, Mustapha berkata ia berjaya melaksanakan beberapa pembaikan infrastruktur asas termasuk membaik pulih pondok jeti, dewan serbaguna, masjid dan titian pejalan kaki dengan peruntukan RM1 juta.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here