Wed, 15 Apr 2026
Headlines:
PM arah tindakan segera tangani prasarana daif SK Balaban Jaya
Published on: Sunday, April 12, 2026
Published on: Sun, Apr 12, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
PM arah tindakan segera tangani prasarana daif SK Balaban Jaya
“Keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu mesti diberi perhatian utama, dan tindakan segera wajib dilaksanakan,” kata Anwar.
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan segera diambil bagi menangani isu prasarana daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya di Beluran yang menyebabkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran dalam keadaan tidak sesuai.

Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, beliau berkata arahan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan penyelesaian segera dilaksanakan.

Advertisement
“Perkara sebegini cukup mengesankan. Arahan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan dan ICU Jabatan Perdana Menteri untuk penyelesaian segera.

“Keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu mesti diberi perhatian utama, dan tindakan segera wajib dilaksanakan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Isu itu timbul susulan laporan mengenai keadaan pelajar di SK Balaban Jaya yang terpaksa mengikuti kelas di dalam khemah tanpa dinding serta di ruang koridor masjid, berikutan ketiadaan bangunan sekolah kekal yang lengkap.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan media pada Sabtu memaklumkan pihaknya prihatin terhadap isu akses pendidikan dan keselamatan yang berbangkit di sekolah berkenaan.

Advertisement
Menurut kenyataan KPM, keadaan itu berpunca daripada kerosakan pada sebahagian infrastruktur akibat pergerakan tanah dan cerun sehingga menjadikan persekitaran sekolah tidak selamat untuk digunakan.

Kementerian berkenaan turut memaklumkan beberapa sesi libat urus telah dilaksanakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah bersama pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat setempat bagi mencari jalan penyelesaian.

Advertisement
“Tindakan segera yang akan diambil termasuk memindahkan sementara murid ke SK Pekan Beluran dan menyediakan pengangkutan untuk membawa murid ke sekolah berkenaan. Langkah ini bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas dan ibu bapa tidak terbeban,” menurut kenyataan KPM. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here