Kota Kinabalu: Bakat seni tari anak muda tempatan terus mekar di persada antarabangsa apabila penari muda berbakat, Edgar Scout Davy, berjaya merangkul gelaran Johan bagi kategori solo junior kebangsaan dan folklore dalam Kejohanan Piala Dunia Tarian Kelayakan Malaysia 2026 yang berlangsung di JKKN Sabah, baru-baru ini.
Kejayaan cemerlang itu turut menyaksikan Edgar dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij Anugerah Solo Terbaik, sekali gus membuktikan kemampuan luar biasanya dalam menterjemahkan identiti budaya melalui gerak tari yang memukau juri dan penonton.
Dengan semangat tinggi yang dibawa, Edgar kini menggalas tanggungjawab besar untuk mewakili Malaysia ke peringkat akhir Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Dublin, Ireland.
Sokongan padu daripada komuniti seni, khususnya melalui hashtag #TariCulture dan #AlangKalawonTuou, terus mengiringi langkahnya dalam membawa nama negara ke pentas dunia.