Kota Kinabalu: Atlet Sabah memperoleh dua emas, satu perak dan empat gangsa di Sirkit Powerlifting Para Kebangsaan Allianz-MSN-PPPM 1 yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kuala Lumpur pada hujung minggu.
Dua emas tersebut diraih dalam acara angkatan terbaik menerusi Myzos Majanting dalam kategori lelaki sehingga 49kg dan Muhammad Aiman Sarmen dalam kategori lelaki sehingga 88kg.
Myzos turut memenangi perak dalam acara angkatan keseluruhan manakala lima pingat gangsa disumbangkan oleh Muhammad Aiman Sarmen menerusi angkatan keseluruhan, Kleverinah Francis dalam kategori angkatan terbaik wanita sehingga 46kg, Sylvester Maikun dalam angkatan lelaki sehingga 72kg dan angkatan keseluruhan serta Maxmalcom Symond dalam angkatan terbaik lelaki sehingga 97kg.