LABUAN: Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 bermula dengan pertandingan memancing laut dalam pada Selasa.
Peserta dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail ke perairan Terumbu Ubi, Terumbu Siput dan perairan antara Pulau Layang-Layang dan Terumbu Semarang Barat Besar.
Katanya, pertandingan memancing itu disertai 169 peserta dari Malaysia dan 55 peserta antarabangsa dari Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan China.
“Hasil tangkapan akan dilelong pada Ahad (3 Mei),” katanya.
Acara pelancongan tahunan itu memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi terutama industri perhotelan dan pengangkutan sekaligus mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan sukan, tambahnya.
“Ayuh warga Labuan dan peminat sukan air seluruh dunia, kita jayakan acara ikonik ini pada 28 April – 3 Mei 2026! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah,” katanya.