Tue, 21 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Empat hadapi detik cemas kereta terbabas, terbakar
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Empat hadapi detik cemas kereta terbabas, terbakar
ANGGOTA bomba melakukan pemeriksaan kenderaan itu.
TAMBUNAN: Empat orang menghadapi detik cemas apabila Toyota Rush yang mereka naiki terbabas sebelum terbakar di Jalan Kampung Moloson, di sini, petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu, kenderaan itu terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam parit di bahu jalan.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan sebuah pasukan dengan jentera FRT dan kenderaan EMRS ke lokasi sejauh 10 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah kenderaan terbabas ke dalam parit. Terdapat empat mangsa terlibat, dengan tiga mengalami kecederaan ringan manakala pemandunya tidak cedera.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba. Bagaimanapun, berlaku kebakaran kecil di bahagian enjin kenderaan sejurus selepas impak kemalangan,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Menurutnya, pasukan yang diketuai Penyelia Operasi PBK I Raizaain Awang Damit segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran bagi mengelakkan api merebak ke keseluruhan kenderaan.

Advertisement
Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berhampiran menggunakan ambulans dan kenderaan EMRS. Operasi turut dibantu tiga anggota polis yang mengawal lalu lintas di lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.13 petang selepas pihak bomba memastikan tiada lagi risiko bahaya di kawasan tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here