Wed, 22 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Anggota polis bebas tuduhan miliki dadah
Published on: Tuesday, April 21, 2026
Published on: Tue, Apr 21, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Anggota polis bebas tuduhan miliki dadah
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang anggota polis dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memiliki 0.24 gram syabu tanpa dipanggil membela diri.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Sazaly Sahaji, 45.

Advertisement
Sazaly didakwa memiliki dadah tersebut di kawasan parkir kuarters polis Inanam pada 29 Julai 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan memanggil enam saksi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Arfa Anchal Khan manakala Sazaly diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah, Nigel Neong Kaning dan Hannan Razaini.

Advertisement
Dalam kes berasingan enam wanita dan seorang lelaki dipenjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara tidak sah.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tujuh pendatang tanpa izin (PTI) tersebut mengaku bersalah secara berasingan terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Advertisement
Mereka ditahan dalam operasi di beberapa lokasi di negeri ini selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah kepada pihak berkuasa.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa Jabatan Imigresen Gressia Yolanda Ismail Uvaraj memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesemua PTI tersebut adalah warganegara Filipina.

Mahkamah turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas tamat hukuman untuk tujuan pengusiran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here