Thu, 30 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Langkah tangani kesan kenaikan tambang udara
Published on: Tuesday, April 28, 2026
Published on: Tue, Apr 28, 2026
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
Langkah tangani kesan kenaikan tambang udara
Jafry berkata fokus utama kementerian adalah memastikan kesinambungan dan kelestarian rantaian bekalan pelancongan negeri dengan mengurangkan tekanan yang dihadapi pemain industri.
Kerajaan negeri mengambil langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan kos pengangkutan udara dan ketidaktentuan global terhadap industri pelancongan Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata konflik global serta peningkatan tambang penerbangan boleh memberi impak langsung kepada sektor pelancongan negeri yang bergantung kepada ketibaan pelancong antarabangsa dan kesalinghubungan udara.

Advertisement
“Antara implikasi dikenal pasti termasuk kenaikan tambang akibat kos bahan api, perubahan laluan atau pengurangan kekerapan penerbangan, penurunan sentimen perjalanan dari pasaran utama serta pembatalan atau penangguhan pelan perjalanan,” katanya semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri, Isnin, bagi menjawab soalan Adun Sri Tanjong Justin Wong.

Jafry berkata fokus utama kementerian adalah memastikan kesinambungan dan kelestarian rantaian bekalan pelancongan negeri dengan mengurangkan tekanan yang dihadapi pemain industri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Melalui Lembaga Pelancongan Sabah (STB), kementerian merancang sokongan dan insentif bersasar serta memperhebat usaha pemasaran strategik bagi mengekalkan permintaan dan kesalinghubungan udara ke Sabah dalam tempoh mencabar ini,” katanya.

Menurutnya, antara strategi utama ialah memperkukuh pasaran domestik dan serantau bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan perjalanan jarak jauh.

Advertisement
“Penekanan diberikan kepada pasaran domestik melalui kempen pelancongan tempatan bagi mengekalkan kestabilan industri sekiranya berlaku penurunan pelancong antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata usaha turut dipertingkatkan di pasaran Asia Utara dan Asia Tenggara termasuk China, Korea Selatan dan Jepun yang kurang terjejas secara langsung oleh gangguan ruang udara global.

Advertisement
Selain itu, Sabah akan terus dipromosikan sebagai destinasi pelancongan premium bagi menarik pelawat berpendapatan tinggi yang kurang terkesan dengan peningkatan kos perjalanan.

Jafry berkata STB telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri termasuk persatuan pelancongan, syarikat penerbangan dan pengusaha penginapan pada 19 dan 31 Mac lalu.

“Sesi ini bertujuan mendapatkan maklum balas serta menyelaraskan strategi bagi memperkukuh daya tahan sektor pelancongan negeri dalam menghadapi tekanan kos,” katanya.

Beliau berkata satu lagi sesi khas diadakan pada 24 April bagi membincangkan isu bekalan diesel yang dihadapi pengusaha pelancongan.

Menjawab soalan tambahan Wong berhubung peningkatan kos operasi, khususnya bahan api, Jafry berkata kementerian sedang mengumpul data lengkap untuk dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan berkaitan subsidi dan bentuk sokongan bersesuaian.

“Kita memerlukan data lengkap daripada pemain industri untuk dibawa ke peringkat Persekutuan kerana ia melibatkan beberapa kementerian lain bagi memastikan bantuan dapat disalurkan,” katanya.

Beliau menegaskan kementerian komited memastikan industri pelancongan tempatan kekal berdaya tahan dan mampan serta terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here