Mon, 27 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Imigresen tahan 19 PTI di Sipitang
Published on: Sunday, April 26, 2026
Published on: Sun, Apr 26, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Imigresen tahan 19 PTI di Sipitang
PEMERIKSAAN di salah sebuah premis.
SIPITANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menahan 19 pendatang tanpa izin (PTI) dalam operasi penguatkuasaan di sekitar daerah ini pada Khamis.

Jurucakap JIM Sabah berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Advertisement
Beliau berkata operasi itu dijalankan di empat premis dengan penglibatan lapan pegawai daripada Pejabat Imigresen Sipitang.

“Hasil pemeriksaan, seramai 19 individu ditangkap kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, kesemua individu berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya JIM Sabah terus komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap PTI di kawasan di bawah tanggungjawab Pejabat Imigresen Daerah Sipitang.

Advertisement
“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PTI,” katanya.

Beliau turut menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing. Menurutnya, tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan aspek keselamatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here