Thu, 30 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Lelaki ditahan ugut, serang wanita
Published on: Tuesday, April 28, 2026
Published on: Tue, Apr 28, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan ugut, serang wanita
SUSPEK ditangkap.
TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas mengugut dan menyerang seorang wanita di Kg Sungai Imam, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku semasa mangsa sedang menunggu rakannya di kampung tersebut dan didatangi oleh suspek yang dikenalinya itu dari arah belakang.

Advertisement
“Lelaki berkenaan dikatakan mencekik leher mangsa dan mengacukan benda tajam ke arah dagunya. Suspek turut membuat kata-kata ugutan ‘kalau mau (mahu) selamat, kau ikut aku’ terhadap mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya bertindak melawan suspek untuk mempertahankan diri, namun dipukul dan ditendang oleh suspek sehingga mengakibatkan wanita itu mengalami kecederaan dan kesakitan pada bahagian muka dan badan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurutnya, suspek berusia 20 tahun itu ditangkap oleh sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai, susulan laporan kes ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan yang dibuat mangsa.

Jasmin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau menasihatkan kepada golongan wanita agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri di mana saja mereka berada dengan mengelakkan daripada bersendirian.

“Jika perlu (berada di luar) jangan bersendirian dan carilah kawasan yang ramai orang bagi mengelakkan sebarang perkara buruk terjadi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here