Thu, 30 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Perompak dipenjara, sebat cederakan pelajar kolej
Published on: Tuesday, April 28, 2026
Published on: Tue, Apr 28, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Perompak dipenjara, sebat cederakan pelajar kolej
Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin kerana mencederakan seorang pelajar kolej ketika merompaknya.

Indy Ibnul mengaku bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Advertisement
Tertuduh didakwa menyerang secara sukarela pelajar wanita berusia 21 tahun itu sebelum merompas telefon bimbit dan beg tangannya pada jam 6.40 pagi, 15 April lalu di premis Kedai Dobi Y&Y Laundry.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan namun Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis memohon hukuman berat memandangkan kesalahan itu serius.

Advertisement
Menurut fakta kes mangsa yang berada seorang diri di premis dobi berkenaan ketika bersiap untuk ke dewan peperiksaan didatangi seorang lelaki menaiki motosikal sebelum memasuki ruang lobi.

Lelaki tersebut yang kemudian dikenal pasti sebagai Indy merampas telefon bimbit dari tangan mangsa dan menarik beg yang dibawanya.

Advertisement
Mangsa mengejar tertuduh dan berjaya memegang lehernya dari belakang ketika dia berada di atas motosikal bagi menghalangnya melarikan diri.

Mahkamah diberitahu tertuduh memecut motosikal walaupun mangsa masih berpaut pada lehernya dan cuba melepaskan diri dengan menyiku mangsa ketika wanita itu diseret.

Pergelutan berlaku di atas motosikal yang sedang bergerak sehingga tertuduh hilang kawalan lalu menyebabkan kemalangan.

Tertuduh kemudian menendang serta memijak bahagian perut dan kepala mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Motosikal yang digunakan ditinggalkan di lokasi kejadian manakala barangan milik mangsa berjaya diperoleh semula.

Mangsa kemudiannya dirujuk ke hospital dan disahkan mengalami kecederaan.

Siasatan lanjut mendapati motosikal tersebut dipinjam oleh tertuduh.

Pada 18 April lalu tertuduh berjaya dikesan dan berlaku sedikit pergelutan dengan pihak polis sebelum dia ditahan menggunakan kekerasan minimum.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here