Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Dr Anil kekal Adun Kunak
Published on: Friday, March 06, 2026
Published on: Fri, Mar 06, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Dr Anil kekal Adun Kunak
DR Anil (tengah) bersama Wong, Mohd Syahrulnizam, penyelaras pasukan guaman Mohd Reduan Aklee dan Nooraihan.
Kota Kinabalu: Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh daripada Barisan Nasional (BN) mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak selepas Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada Khamis menolak petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh seorang pengundi.

Hakim Mahkamah Tinggi Bintulu Amelati Parnell menolak petisyen itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh semua responden.

Advertisement
Petisyen itu difailkan oleh Md Bustan @ Industan Lumantang yang menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pilihan Raya Negeri Sabah, Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Dr Anil sebagai responden pertama hingga keempat.

Mahkamah memutuskan bahawa petisyen berkenaan gagal mematuhi syarat mandatori di bawah Peraturan 3(1) dan 3(2) Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 serta Peraturan 4 yang mensyaratkan fakta material yang mencukupi untuk menyokong cabaran pilihan raya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Amelati pematuhan terhadap peruntukan ini adalah syarat asas untuk mahkamah pilihan raya menjalankan bidang kuasanya.

Kegagalan mengemukakan petisyen dengan betul serta fakta material yang mencukupi menjadikannya cacat dari segi prosedur dan tidak sah dari segi undang-undang sekali gus boleh ditolak pada peringkat awal tanpa perlu dibicarakan sepenuhnya.

Advertisement
Dr Anil sebelum ini telah mengemukakan bantahan awal untuk menolak petisyen itu atas alasan undang-undang dan prosedur dengan menyatakan bahawa ia gagal mematuhi beberapa peruntukan mandatori di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 dan undang-undang pilihan raya berkaitan.

Dalam petisyen tersebut pemohon antara lain mempersoalkan kesahihan pilihan raya dengan mendakwa terdapat beberapa kertas undi berganda ditemui semasa pengiraan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak Jaya. 

Advertisement
Pemohon berhujah bahawa kewujudan kertas undi berganda itu menimbulkan keraguan terhadap integriti proses percetakan undi dan boleh menjejaskan kebolehpercayaan jumlah undi keseluruhan.

Pemohon turut memohon pengisytiharan bahawa pilihan raya itu batal dan responden keempat tidak sepatutnya dipilih serta menuntut kos dan sebarang relif tambahan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Mahkamah memerintahkan pemohon membayar kos sebanyak RM10,000 kepada responden pertama hingga ketiga dan RM20,000 kepada responden keempat.

Pemohon diwakili oleh peguam Jay Dee Allen James manakala responden pertama hingga ketiga diwakili oleh Nurul Atiqah Azizan, Anis Najwa Nazari, Khairun Neesha Raj Mohamed dan Mohammad Solehheen Mohammad Zaki dari Pejabat Peguam Negara.  Dr Anil pula diwakili oleh Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Nooraihan Mohammad Ali dan Wong Chik Kien.

Dr Anil yang hadir di mahkamah berkata dirinya menghargai keputusan itu dan kini boleh menumpukan sepenuhnya kepada khidmat kepada rakyat Kunak tanpa sebarang keraguan terhadap mandat yang diberikan pengundi.

Terdahulu Dr Anil memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kunak dalam pertandingan enam penjuru dengan 5,986 undi dan majoriti 2,118 undi. Pada 16 Disember 2025 beliau dilantik sebagai Penolong Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here