Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Mayat pemuda disambar buaya di hadapan bapa ditemukan
Published on: Thursday, March 19, 2026
Published on: Thu, Mar 19, 2026
Text Size:
Text:
Mayat pemuda disambar buaya di hadapan bapa ditemukan
MAYAT mangsa ditemui 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang.
KINABATANGAN: Mayat pemuda dibaham buaya di hadapan bapanya ditemui terapung di sungai Kampung Segaliud, pada Rabu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, mangsa Mohd Rayyan Abdullah, 28, ditemui 500 meter dari lokasi dia disambar buaya. 

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Hairi Otuh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari balai.

“Menurut bapa mangsa kejadian berlaku di hadapannya sebelum mangsa hilang dibaham buaya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah Water Surface Rescue digerakkan dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata operasi SAR hari pertama ditangguhkan pada jam 10.50 malam sebelum disambung semula pagi Rabu. 

Advertisement
“Pada hari kedua operasi, mangsa akhirnya ditemui pada jam 9.55 pagi dalam keadaan terapung kira-kira 500 meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

“Mangsa kemudian diangkat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Advertisement
Operasi SAR itu turut dibantu dua anggota polis serta 13 penduduk kampung.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan mangsa hilang disambar buaya di hadapan bapanya ketika mencari udang di sungai berkenaan pada Selasa. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here