Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Buaya 200kg ditangkap di kolam udang Tawau
Published on: Thursday, April 02, 2026
Published on: Thu, Apr 02, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
 Buaya 200kg ditangkap di kolam udang Tawau
ANGGOTA pertahanan awam bersama buaya tembaga seberat 200kg itu.
TAWAU: Seekor buaya tembaga sepanjang 10 kaki enam inci yang dianggarkan seberat 200kg ditangkap dalam operasi selama 10 jam di kawasan sebuah kolam penternakan udang di Jalan Wakuba, di sini, pada Selasa. 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau berkata sepasukan tujuh anggota termasuk dua pegawai diketuai Lt. M (PA) Muhammad Anuar Wong Abdullah digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi melalui talian MERS 999.

Advertisement
Buaya itu ditemui oleh seorang pelajar praktikal ketika menjalankan pemeriksaan di kawasan kolam penternakan udang Asia Aquaculture. Susulan itu, pihak pengurusan kolam mengeringkan kolam bagi memudahkan proses penangkapan.

Sepanjang operasi, beberapa das tembakan dilepaskan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) sebelum buaya itu berjaya dikawal.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peralatan cangkuk milik jabatan terbabit dilaporkan turut mengalami kerosakan ketika operasi penangkapan.

Buaya itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut. Operasi itu yang berlangsung selama 10 jam berjalan lancar dan selamat tanpa sebarang kecederaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here