Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Jawatankuasa pantau kemunculan buaya
Published on: Wednesday, March 11, 2026
Published on: Wed, Mar 11, 2026
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Jawatankuasa pantau kemunculan buaya
Sabin berkata jawatankuasa itu melaksanakan operasi pemantauan secara berkala selain mengadakan mesyuarat setiap tiga bulan bagi menilai situasi semasa.
Kota Kinabalu: Sebuah jawatankuasa peringkat daerah yang dianggotai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hidupan Liar Sabah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan operasi pemantauan keselamatan di perairan sekitar bandar ini susulan laporan kemunculan buaya.

Mayor Kota Kinabalu Sabin Samitah berkata jawatankuasa itu melaksanakan operasi pemantauan secara berkala selain mengadakan mesyuarat setiap tiga bulan bagi menilai situasi semasa.

Advertisement
“Bagi operasi ini, biasanya kita menjalankannya setiap tiga bulan mengikut jadual tetap.

“Namun jika terdapat laporan atau aduan daripada orang awam, kita akan segera ke lokasi untuk membuat pemeriksaan,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian biskut Hari Raya kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Menara Kinabalu di sini, pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, Jabatan Hidupan Liar akan menyediakan peralatan dan kelengkapan yang sesuai, termasuk senjata bagi tujuan menangkap atau, jika perlu, melupuskan haiwan berkenaan.

Sabin berkata laporan mengenai kemunculan buaya diterima dari semasa ke semasa dengan purata kira-kira satu panggilan setiap bulan.

Advertisement
“Secara purata kita menerima kira-kira satu panggilan setiap bulan, kadangkala lebih daripada itu,” katanya.

Beliau berkata laporan mengenai kehadiran buaya telah diterima sejak 2024, namun kebelakangan ini kemunculannya dilihat semakin kerap.

Advertisement
“Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan beberapa langkah berjaga-jaga telah diambil,” katanya.

Antara langkah tersebut termasuk pemasangan papan tanda amaran bagi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berada berhampiran sungai atau kawasan pantai.

Di Pantai Tanjung Aru misalnya, beliau berkata, jabatan berkaitan biasanya akan menaikkan bendera merah sebagai amaran kepada pengunjung.

Mengulas kebimbangan bahawa pelancong mungkin tidak memahami maksud bendera merah itu, Sabin berkata tindakan akan diambil bagi memastikan maklumat tersebut dapat difahami dengan jelas.

“Biasanya bendera merah dinaikkan apabila keadaan laut bergelora,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa setakat ini tiada aktiviti dibenarkan di kawasan berkenaan, yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Laut Malaysia dan bukannya DBKK.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here