Tue, 7 Apr 2026
Headlines:
Usaha bersepadu komitmen terhadap kebajikan komuniti
Published on: Monday, April 06, 2026
Published on: Mon, Apr 06, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Usaha bersepadu komitmen terhadap kebajikan komuniti
IR Rajesh bersama JKM dan PPM Segama menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran.
LAHAD DATU: Usaha bersepadu pelbagai pihak dalam membantu mangsa kebakaran di Kampung Betik mencerminkan komitmen berterusan terhadap kebajikan masyarakat setempat.

Mangsa, Jamalian Johan, yang kehilangan kediaman dalam kejadian kebakaran baru-baru ini menerima kunjungan rasmi daripada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Segama, Ir. Rajesh Yusof bersama rombongan.

Advertisement
Pada kunjungan tersebut, Ir. Rajesh menyampaikan sumbangan tunai serta barangan keperluan asas bagi membantu memenuhi keperluan harian mangsa dalam tempoh pemulihan.

Ir. Rajesh berkata, inisiatif yang dilaksanakan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian tanpa mengira latar belakang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ir. Rajesh memaklumkan bahawa bantuan turut disalurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Lahad Datu yang menyediakan barangan keperluan dapur sebagai sokongan tambahan kepada mangsa.

Menurutnya, kerjasama strategik antara kepimpinan masyarakat dan agensi kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan penyampaian bantuan dapat dilaksanakan secara tersusun dan berkesan.

Advertisement
Dalam pada itu, Gagasan Rakyat Segama turut merakamkan penghargaan kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat yang diketuai oleh Yusleena Yusof atas komitmen tinggi dalam mengatur serta menyelaras lawatan berkenaan.

Yusleena memaklumkan bahawa pihaknya bersedia membantu mangsa mengemukakan permohonan Rumah Mesra SMJ sebagai langkah menyediakan kediaman baharu yang lebih selesa dan selamat.

Advertisement
Beliau berkata, inisiatif tersebut diharap dapat membantu mangsa membina semula kehidupan dalam suasana yang lebih terjamin dan stabil.

Pendekatan berterusan melalui sokongan kebajikan dan penyediaan kemudahan kediaman dilihat sebagai usaha penting dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat setempat.

Kesungguhan pelbagai pihak dalam menghulurkan bantuan ini memperlihatkan nilai keprihatinan sosial yang terus menjadi teras dalam membina komuniti yang harmoni dan sejahtera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here