Thu, 9 Apr 2026
Headlines:
Sistem pengudaraan Pasar Elopura Batu 1.5 perlu dinaik taraf 
Published on: Monday, April 06, 2026
Published on: Mon, Apr 06, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Sistem pengudaraan Pasar Elopura Batu 1.5 perlu dinaik taraf 
Calvin berkata maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sistem pengudaraan sedia ada masih belum mencukupi, terutama ketika waktu puncak operasi.
SANDAKAN: Cadangan pemasangan kipas dinding tambahan serta menaik taraf sistem pengudaraan secara menyeluruh di Pasar Elopura Batu 1.5 diketengahkan bagi memastikan aliran udara yang lebih efektif dan meningkatkan keselesaan peniaga serta pengunjung.

Cadangan tersebut timbul susulan aduan berterusan daripada para peniaga yang mendakwa keadaan pasar terlalu panas dan tidak selesa, meskipun kipas industri berskala besar telah dipasang di premis berkenaan.

Advertisement
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N55 Elopura, Calvin Chong berkata maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sistem pengudaraan sedia ada masih belum mencukupi, terutama ketika waktu puncak operasi.

Menurut beliau, keadaan itu bukan sahaja menjejaskan keselesaan peniaga ketika menjalankan perniagaan, malah turut memberi kesan kepada pelanggan yang berkunjung termasuk golongan warga emas dan kanak-kanak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Selain itu, suhu panas yang berpanjangan juga boleh menjejaskan kualiti barangan jualan khususnya barangan basah dan makanan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek kebersihan serta keselamatan makanan,” katanya.

Sehubungan itu, Calvin menegaskan bahawa cadangan pemasangan kipas dinding tambahan serta penambahbaikan sistem pengudaraan secara menyeluruh perlu dipertimbangkan segera sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.

Advertisement
Tambahnya, perkara tersebut akan dibawa kepada perhatian Majlis Perbandaran Sandakan untuk tindakan lanjut termasuk penilaian teknikal yang sewajarnya.

“Pasar awam merupakan antara pusat ekonomi utama komuniti setempat. Justeru, persekitaran yang selesa dan kondusif amat penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan serta kesejahteraan semua pihak,” ujarnya.

Advertisement
Beliau turut memaklumkan bahawa satu lawatan tapak akan dicadangkan dalam masa terdekat bersama pihak berkaitan bagi menilai keadaan sebenar di lokasi serta mengenal pasti langkah penyelesaian yang lebih berkesan.

Calvin berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan isu berkenaan dan memastikan tindakan susulan diambil dengan kadar segera, selain mengalu-alukan kerjasama semua pihak dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan bersama.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here