Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Memastikan Kota Kinabalu siap sedia hadapi populasi menua
Published on: Wednesday, April 15, 2026
Published on: Wed, Apr 15, 2026
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Memastikan Kota Kinabalu siap sedia hadapi populasi menua
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang mempergiat usaha bagi mempersiapkan ibu negeri ini menghadapi populasi menua susulan bandar ini telah melepasi ambang masyarakat menua yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah (gambar) berkata DBKK kini menambah baik infrastruktur pejalan kaki, menaik taraf kemudahan awam serta memperkukuh kerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan bagi menyokong golongan warga emas dengan lebih berkesan.

Advertisement
“Kemajuan sebenar sesebuah bandar diukur melalui tahap inklusiviti serta keupayaannya melindungi golongan rentan, khususnya kanak-kanak dan warga emas,” katanya pada program “Inspirasi & Realiti: Perkongsian Bandar Mesra Usia 2026”, di sini, pada Isnin.

Beliau menambah inisiatif seperti projek pengangkutan awam MY.BAS akan meningkatkan lagi aksesibiliti dengan 48 bas merah jambu dijangka beroperasi menjelang akhir Jun selain menawarkan kad konsesi kepada penumpang warga emas merangkumi lapan laluan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabin berkata usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif lebih luas DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar yang lebih berdaya huni dan inklusif selaras pelan pembangunan jangka panjangnya.

Statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan 7.6 peratus penduduk Kota Kinabalu berumur 65 tahun ke atas melepasi penanda aras tujuh peratus WHO bagi masyarakat menua.

Advertisement
Peratusan di Sabah pula adalah 6.4 peratus manakala purata kebangsaan ialah lapan peratus.

Sabin turut memaklumkan Malaysia dijangka menjadi negara menua menjelang 2030, dengan lebih 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas sekali gus menekankan keperluan mendesak bagi bandar menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Women’s Development Corporation (PWDC) Datuk Ong Bee Leng berkata trend penuaan akan memberi kesan meluas terhadap landskap sosial, ekonomi dan politik.

“Menjelang 2030, penuaan akan memberi impak besar kepada masyarakat, ekonomi dan sedikit sebanyak politik. Bandar perlu membuat persediaan awal menggunakan rangka kerja tersusun seperti yang digariskan WHO,” katanya.

Ong yang berkongsi pengalaman Pulau Pinang dalam melaksanakan rangka kerja Bandar Mesra Usia berkata, Kota Kinabalu telah pun melepasi ambang masyarakat menua sekali gus menunjukkan keperluan kepada perancangan proaktif.

Pulau Pinang menyasarkan untuk menjadi negeri mesra warga emas menjelang akhir 2027 melalui dasar yang selaras dengan garis panduan WHO.

Program itu menjadi platform kepada DBKK dan pihak berkepentingan untuk bertukar pandangan serta amalan terbaik dengan matlamat merangka Pelan Tindakan Bandar Mesra Usia yang komprehensif bagi Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here