Fri, 17 Apr 2026
Headlines:
Kecederaan kepala punca utama kematian Zara
Published on: Tuesday, April 14, 2026
Published on: Tue, Apr 14, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Kecederaan kepala punca utama kematian Zara
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner diberitahu bahawa terdapat kemungkinan Allahyarham Zara Qairina Mahathir boleh terselamat sekiranya hentakan pada bahagian kepala tidak berlaku atau dapat dielakkan.

Datuk Seri Dr Bhupinder Singh Jeswant Singh berkata jika kepala atau leher si mati tidak terhentak pada tepi longkang, mangsa berkemungkinan besar dapat diselamatkan.

Advertisement
“Ya, saya tidak ragu-ragu bahawa jika mangsa jatuh seperti itu tanpa terhentak bahagian belakang kepala dengan izin Tuhan dia mungkin boleh terselamat,” katanya ketika bersetuju dengan soalan peguam Datuk Ram Singh.

Dr Bhupinder turut memberitahu mahkamah bahawa seseorang individu berkemungkinan boleh memanjat ke atas penghadang, memegang palang yang longgar atau berayun malah boleh duduk di atas penghadang atau berpaut pada palang tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pakar seterusnya berkata berdasarkan kedudukan lokasi mangsa ditemui, keadaan mangsa serta kecederaan dialami beliau berpendapat mangsa berada dalam keadaan berdiri sebelum terjatuh.

“Jika mangsa dalam keadaan duduk, dia akan jatuh ke hadapan dan menghasilkan jatuhan jenis terbalik. Namun dalam kes ini mangsa dipercayai berdiri dan jatuh secara menegak.

Advertisement
“Jika dilihat pada kecederaan terdapat patah pada pergelangan tangan termasuk kehelan serta patah tulang radius yang dikenali sebagai ‘Colles’ fracture’,” jelasnya.

Beliau turut memberi keterangan bahawa punca kematian adalah akibat kecederaan kepala serta komplikasi yang timbul hasil daripada jatuh dari tempat tinggi.

Advertisement
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, Dr Bhupinder berkata kecederaan otak traumatik yang teruk itu tidak semestinya menyebabkan kematian dalam semua keadaan.

Menurutnya terdapat kes pesakit yang mampu bertahan jika trauma tidak terlalu serius namun dalam kes ini mangsa mengalami ensefalopati hipoksik yang teruk sehingga tidak dapat diselamatkan.

Beliau juga bersetuju bahawa kecederaan dialami adalah mengancam nyawa sejurus berlaku hentakan khususnya kecederaan kepala yang konsisten dengan hentakan kedua selepas pendaratan awal.

Dr Bhupinder turut menjelaskan bahawa berdasarkan corak kecederaan, tiada petunjuk berlaku pergelutan atau kecederaan mempertahankan diri selain tiada tanda serangan fizikal sebelum kejadian jatuh.

Beliau berkata tiada kesan pegangan, sekatan atau luka pertahanan pada tubuh mangsa dan keputusan toksikologi juga tidak menunjukkan unsur jenayah.

Selain itu beliau bersetuju bahawa terdapat unsur tindakan sengaja seperti memanjat diperlukan untuk melepasi penghadang tersebut.

Ujarnya berdasarkan keseluruhan dapatan termasuk kecederaan, lokasi kejadian dan bukti perubatan, tiada petunjuk menunjukkan berlaku pergelutan atau mangsa ditolak.

Beliau berpandangan senario paling munasabah ialah mangsa memanjat melepasi penghadang, kemudian berpaut pada palang di atas sebelum terjatuh terus ke tanah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here