Thu, 16 Apr 2026
Headlines:
Lembaga Tabung Haji peruntuk RM210 juta bantu jemaah haji bersasar
Published on: Monday, April 13, 2026
Published on: Mon, Apr 13, 2026
Text Size:
Text:
Lembaga Tabung Haji peruntuk RM210 juta bantu jemaah haji bersasar
IMRAN (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ruslan (tiga dari kanan).
Kota Kinabalu: Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan Bantuan Kewangan Haji (Hafis) secara bersasar dengan peruntukan RM210 juta bagi tahun 2026 sebagai usaha meringankan beban jemaah haji Muassasah.

Ketua Syariah Kumpulan TH Imran Mohammad Khayat berkata menerusi inisiatif itu jemaah kumpulan B40 hanya perlu membayar RM15,000 atau kira-kira 45 peratus daripada kos sebenar haji.

Advertisement
“Manakala kumpulan M40 membayar RM23,500 atau kira-kira 71 peratus.

“Secara keseluruhan TH telah memperuntukkan lebih RM2.72 bilion menerusi Hafis sejak diperkenalkan pada 2001,” katanya ketika berucap pada Kursus Perdana Haji Musim Haji 1447H/2026M Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat) pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Di samping itu beliau memaklumkan TH turut memperkenalkan inisiatif ‘Menuju Istito’ah’ yang menekankan persediaan menyeluruh sebelum menunaikan ibadah haji.

“Istito’ah merangkumi empat aspek utama iaitu kemampuan kewangan, kesihatan, keselamatan serta kuota atau kebenaran menunaikan haji.

Advertisement
“Melalui inisiatif ini TH menggalakkan umat Islam membuat persediaan lebih awal melalui amalan menabung secara konsisten serta menjaga kesihatan diri,” ujarnya.

Tambah beliau TH menggalakkan pendeposit membuat potongan gaji atau potongan berkala melalui kaedah debit terus bagi memudahkan simpanan.

Advertisement
“TH turut menyediakan kalkulator simpanan haji di laman web rasminya bagi membantu pendeposit merancang simpanan dengan lebih teratur,” jelasnya.

Menurutnya usaha itu penting bagi memastikan pendeposit mempunyai simpanan mencukupi apabila tiba giliran menunaikan haji selain menikmati manfaat seperti agihan keuntungan, pelunasan zakat, pematuhan syariah dan jaminan kerajaan.

TH melaksanakan program ‘THoriq Ya Hajj’ yang menggalakkan bakal jemaah kekal aktif dan cergas melalui aktiviti berjalan kaki dengan pemantauan secara maya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here