Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Kenaikan bayaran permit bebankan peniaga: Warisan
Published on: Sunday, March 15, 2026
Published on: Sun, Mar 15, 2026
Text Size:
Text:
Kenaikan bayaran permit bebankan peniaga: Warisan
Chin menegaskan bahawa setiap dasar yang memberi kesan langsung kepada kewangan perlu mengambil kira realiti yang dihadapi komuniti perniagaan tempatan terutama peniaga kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi bandar dan pekan.
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Chin Tek Ming menggesa Kerajaan Negeri menangguhkan pelaksanaan Undang-Undang Kecil Seragam (Pelesenan Premis bagi Tujuan Komersial, Perdagangan, Perindustrian dan Profesional) 2022 bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh peniaga tempatan.

Beliau berkata ramai pengusaha perniagaan mengadu fi lesen di Penampang meningkat secara mendadak bermula tahun 2026 dengan sebahagian kes menunjukkan kenaikan melebihi 100 peratus.

Advertisement
“Terdapat kebimbangan dan rasa tidak puas hati yang meluas dalam kalangan komuniti perniagaan khususnya peniaga kecil dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

”Walaupun pihak berkuasa tempatan memerlukan sumber kewangan mencukupi untuk menyelenggara infrastruktur dan menambah baik perkhidmatan awam namun sebarang pelarasan dasar yang melibatkan kos perniagaan perlu dilaksanakan secara berperingkat serta mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan kemampuan kewangan pengusaha.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here