Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
103 sertai pertandingan dart KKD
Published on: Sunday, March 15, 2026
Published on: Sun, Mar 15, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
103 sertai pertandingan dart KKD
SEBAHAGIAN peserta yang mengambil bahagian.
TUARAN: Seramai 103 peserta menyertai pertandingan dart anjuran Persatuan Keturunan Keluarga Damit (KKD) dalam suasana meriah sekali gus menghimpunkan ahli persatuan serta komuniti setempat.

Yang Dipertua Persatuan KKD, Andrew Durat berkata, program seumpama ini merupakan satu inisiatif terbaik bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli KKD serta masyarakat yang hadir.

Advertisement
Andrew turut menghargai sokongan dan kerjasama semua pihak yang telah membantu menjayakan penganjuran program tersebut.

Menurutnya, penganjuran aktiviti komuniti seperti ini bukan sahaja menghidupkan suasana persatuan, malah turut memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan memperkukuhkan hubungan persaudaraan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua KKD, Mark @ Haikal Jimmy Ngali merakamkan penghargaan kepada barisan ahli jawatankuasa (AJK) penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan tersebut.

“Terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Timmie Jamleh dari La’ Darts Club atas komitmen dan usaha mereka dalam memastikan program berjalan dengan lancar,” katanya.

Advertisement
Menurut Mark, kejohanan itu merupakan acara sukan dalaman (indoor) pertama yang dianjurkan oleh KKD dan beliau berharap penganjuran tersebut akan membuka ruang kepada lebih banyak program sukan pada masa akan datang.

“Selepas ini kita akan buat kategori terbuka, yang pastinya melibatkan lebih ramai pemain dari pelbagai daerah,” katanya.

Advertisement
Dalam pertandingan tersebut, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu trio tertutup dan perseorangan wanita.

Daripada jumlah keseluruhan peserta, seramai 87 orang mengambil bahagian dalam kategori trio manakala 16 orang lagi bertanding dalam perseorangan wanita.

Program tersebut diadakan sempena Tamu Mingguan KKD yang berlangsung setiap Sabtu dan turut mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Bagi hadiah pertandingan, johan bakal membawa pulang wang tunai RM1,500 beserta piala pusingan manakala naib johan menerima wang tunai RM1,000.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima wang tunai RM500.

Sementara itu, pemenang tempat kelima hingga kelapan turut menerima wang tunai RM150 setiap seorang sebagai penghargaan atas penyertaan mereka dalam kejohanan tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here