Mon, 30 Mar 2026
Headlines:
Chris sahut cabaran sertai Sabah FC 
Published on: Thursday, February 05, 2026
Published on: Thu, Feb 05, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Chris sahut cabaran sertai Sabah FC 
CHRIS tidak menganggap persaingan di barisan penyerang sebagai satu tekanan. 
Kota Kinabalu: Chris Marlon Ondong Mba berkata keputusannya menyertai Sabah FC adalah kerana keinginannya untuk menyahut cabaran baharu dalam bola sepak Asia.

Warga Perancis yang sebelum ini bermain untuk Yanbian Longding Football Club dalam liga divisyen dua China adalah pemain terbaharu menyertai Sabah FC pada jendela perpindahan.

Advertisement
Walaupun menerima tawaran lumayan untuk kembali ke Eropah, pemain berusia 33 tahun itu berkata dia membuat keputusan untuk kekal di Asia bagi memburu kejayaan.

“Saya memerlukan cabaran baharu. Selepas pengalaman sukar di China, saya memilih untuk kekal dalam kancah bola sepak Asia.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Saya meninggalkan Eropah dengan kejayaan dan bagi saya, kejayaan di Asia adalah sama penting. Saya seorang pemain yang hidup dengan cabaran setiap hari,” katanya.

Dia berharap keupayaannya bermain sebagai penyerang dan pemain sayap akan memberikan pasukan itu lebih banyak pilihan taktikal pada separuh kedua musim ini.

Advertisement
“Saya suka situasi satu lawan satu, mencari ruang secara aktif, menggunakan kelajuan saya dan membuat larian berulang.

“Sebagai penyerang, saya suka menekan pertahanan lawan dan bermain di kawasan atas untuk memberi tekanan kepada lawan.”

Advertisement
Chris juga berkata persaingan sengit dalam barisan penyerang tidak seharusnya dilihat sebagai tekanan, sebaliknya sebagai pendorong untuk menambah baik prestasi.

“Saya hanya fokus kepada diri sendiri dan melakukan yang terbaik dalam latihan untuk membalas kepercayaan yang diberikan Sabah FC. Keutamaan saya adalah memberi seratus peratus kepada rakan sepasukan, kelab, Sabah dan penyokong. Dengan disiplin, kesabaran dan kerja keras, keputusan positif pasti akan menyusul,” katanya. 

Sabah mengikat seramai lima pemain import pada jendela perpindahan ini. Pemain lain ialah Belfort Kenversfils dari Haiti, pemain tengah Croatia Duje Ljubic, pertahanan kiri Ernesto Amantegui dari Thailand dan pertahanan tengah dari Sepanyol Jose Angel Alonso.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here