Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
226 sertai Program Hari Seminar Hapkido
Published on: Wednesday, December 10, 2025
Published on: Wed, Dec 10, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
226 sertai Program Hari Seminar Hapkido
PESERTA seminar bersama penganjur dan Benardo serta jurulatih.
LAHAD DATU: Program Hari Seminar Hapkido berjaya menghimpunkan seramai 226 peserta daripada empat kelab seni bela diri.

Program yang berlangsung di Dewan Terbuka Huguan Siou, Keningau telah disertai ahli-ahli dari Freestyle Martial Arts (FMA), Kesofaa, Silat Olahraga Delayan Baru dan Unique-Kan Taekwondo Club.

Advertisement
Penyelaras program, jurulatih Rahman dari Kelab Silat Olahraga Apin Apin, berkata, pada seminar berkenaan, para peserta diberikan taklimat mengenai hala tuju pembangunan Hapkido di Malaysia yang disampaikan oleh Pengasas Hapkido Sabah, Master Benardo Viviero.

Seminar tersebut turut menampilkan sesi praktikal merangkumi teknik asas dan lanjutan, termasuk demonstrasi penggunaan nunchaku dan pedang yang memperkenalkan kemahiran baharu kepada para peserta.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Sesi penerangan dan tunjuk ajar oleh pasukan Hapkido Sabah membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang positif bagi peserta daripada pelbagai latar belakang seni bela diri,” katanya.

Rahman berkata segala perkongsian itu amat bermakna khususnya untuk anak-anak pencinta seni bela diri di kawasan pedalaman dan berharap sukan Hapkido dapat dipertandingkan dalam temasya sukan besar seperti Sukma dan Saga pada masa depan.

Advertisement
Rahman turut menyatakan hasrat untuk melihat lebih banyak program dan kejohanan dianjurkan bagi memperkukuh hubungan antara kelab.

“Kita berharap seminar ini akan dapat menjadi asas kepada perkembangan sukan Hapkido di Sabah serta merapatkan kerjasama dalam komuniti seni bela diri di seluruh negeri,” tambahnya.

Advertisement
Sementara itu, Benardo menzahirkan rasa gembira melihat sambutan yang begitu baik dan menyifatkan kehadiran peserta sebagai tanda minat yang semakin berkembang terhadap Hapkido di Sabah.

Katanya, usaha bersama antara kelab-kelab tempatan merupakan langkah penting untuk membina ekosistem latihan yang lebih tersusun dan inklusif bagi generasi baharu.

Benardo berharap agar seminar ini dapat menjadi batu loncatan kepada perkembangan sukan Hapkido di Sabah serta mengukuhkan kerjasama dalam komuniti seni bela diri di seluruh negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here