Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
‘Spekulasi Ronald Kiandee sertai GRS terlalu awal, masih andaian’
Published on: Monday, February 16, 2026
Published on: Mon, Feb 16, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
‘Spekulasi Ronald Kiandee sertai GRS terlalu awal, masih andaian’
Armizan berkata beliau yakin Ronald tidak akan membuat sebarang keputusan tergesa-gesa berhubung kedudukan atau penyertaan dalam mana-mana parti ketika ini.
PAPAR: Spekulasi mengenai kemungkinan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee akan menyertai GRS masiih terlalu awal dan hanya sekadar andaian, kata Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali.

Armizan berkata beliau yakin Ronald tidak akan membuat sebarang keputusan tergesa-gesa berhubung kedudukan atau penyertaan dalam mana-mana parti ketika ini.

Advertisement
“Sebagai seorang ahli politik kanan, saya tidak fikir Datuk Seri Ronald Kiandee akan buat keputusan dalam peringkat ini untuk menyertai mana-mana parti.

“Namun bagi saya, itu hak beliau untuk menentukan hala tuju politiknya,” katanya semasa sidang media selepas perasmian cawangan Burger King Benoni, di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mengulas aporan yang menyatakan Ronald yang juga Pengerusi Perikanan Nasional (PN) Sabah bakal menyertai GRS.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Ronald berhubung sebarang keputusan baharu mengenai spekulasi atau kedudukan politiknya.

Advertisement
Armizan berkata secara prinsip, mana-mana pihak berhasrat menyertai GRS atau parti komponen perlu memahami dan berpegang kepada empat teras perjuangan gabungan itu iaitu ‘Sabah First’, ‘Sabah Proper’, ‘Sabah Forward’ dan ‘Sabah United’.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Papar itu menegaskan pendapat beliau itu tidak mewakili GRS atau mana-mana parti komponen dalam gabungan itu termasuk tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat GRS.

Advertisement
“Saya tidak bercakap mewakili GRS atau mana-mana parti komponen. Perkara ini juga tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat tapi bagi saya secara peribadi, kita perlu kembali kepada empat teras perjuangan GRS,” katanya.

“Jika ada mana-mana pihak mahu sertai parti-parti lokal dalam GRS dan bersedia berpegang kepada teras ini, kita perlu bersikap terbuka.

“Ini kerana apabila kita berada dalam landasan parti politik tempatan, suara kita akan menjadi lebih kuat. Kita hanya akan kuat apabila bersatu,” katanya.

Beliau turut menegaskan keterbukaan itu penting dalam memperkukuh agenda politik tempatan demi kepentingan rakyat dan pembangunan Sabah secara keseluruhan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here