Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Tiga individu serang penguatkuasa MPS didakwa
Published on: Friday, March 13, 2026
Published on: Fri, Mar 13, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Tiga individu serang penguatkuasa MPS didakwa
Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika menghalang penjawat awam menjalankan tugas di kawasan Pasar Batu 8 pada 6 Mac tahun ini.
SANDAKAN: Dua lelaki dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang sebelum ini ditahan berhubung serangan terhadap seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Pasar Batu 8 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret pada Khamis atas beberapa pertuduhan.

Remaja berusia 14 tahun itu didakwa menyebabkan kecederaan dengan sengaja terhadap seorang pegawai penguatkuasa MPS bagi menghalang penjawat awam berkenaan daripada menjalankan tugasnya.

Advertisement
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas remaja tersebut dibawa di hadapan Majistret Nur Faezah Jafry di Mahkamah Kanak-Kanak.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika menghalang penjawat awam menjalankan tugas di kawasan Pasar Batu 8 pada 6 Mac tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah menetapkan 24 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kecederaan mangsa serta laporan sosial remaja itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Timbalan Pendakwa Raya Ong Teik Yi hadir bagi pihak pendakwaan.

Advertisement
Sementara itu dua lagi lelaki yang turut didakwa terlibat dalam kejadian tersebut berdepan pertuduhan memasuki negeri ini secara tidak sah.

Putih Jiring, 35, dan Aril Faustino, 28, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Roslinda Razali atas pertuduhan memasuki negeri Sabah tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisement
Mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada semua tertuduh dan memerintahkan mereka ditahan di Penjara Sandakan sehingga tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yuvan Bharathan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here