AGAK lama tidak mendengar buah tangan daripada penyanyi genit dari Tuaran Dang Mar Ezzah atau nama sebenarnya Dayang Mar Ezzah Bakar.
Sebelum ini, lagu-lagunya sering berkumandang di corong radio antaranya Lafazkanlah, Tiada Dalih dan Kamu.
Bahkan, Dang juga pernah memenangi Anugerah Lirik Terbaik menerusi lagu Cinta dalam Anugerah Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) 2013 selain menjadi finalis Anugerah CLAS 2015.
Selepas itu, Dang agak menyepi dari dunia seni. Tahun ini, dia kembali mengubati rindu peminat dengan lagu raya baharunya, Raya Tiba Lagi.
Advertisement





