Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Bot terbalik: Lelaki lemas ketika cuba selamatkan rakan 
Published on: Thursday, March 05, 2026
Published on: Thu, Mar 05, 2026
By: Sisca Humphrey
Text Size:
Text:
Bot terbalik: Lelaki lemas ketika cuba selamatkan rakan 
Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi masih hilang selepas sebuah bot terbalik di perairan antara Sepanggar dan Pulau Gaya pada Isnin.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berhubung kejadian itu pada jam 9.47 pagi.

Advertisement
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika mangsa sedang memancing di perairan berkenaan.

Menurut laporan polis, seorang lelaki dikenali sebagai Jeksin Eming, 40, dipercayai lemas selepas terjun ke laut untuk menyelamatkan rakannya, Jaidin Eming, 30, yang terjatuh ke laut susulan pelanggaran dengan sebuah bot lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jeksin dibawa naik ke sebuah bot dan dihantar ke Hospital Likas namun disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang, manakala Jaidin masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan.

JBPM menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu yang diketuai Komander Operasi PBK I Asama Saruddin.

Advertisement
Pasukan tiba di lokasi kejadian pada jam 9.56 pagi, kira-kira lima kilometer dari balai berkenaan.

Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut membantu operasi masing-masing dengan lapan dan tujuh anggota.

Advertisement
Operasi pencarian meliputi radius tiga batu nautika, namun mangsa yang hilang masih belum ditemui.

Pihak berkuasa memaklumkan operasi ditangguhkan pada jam 5.06 petang dan akan disambung semula pagi ini (Khamis).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here