Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Aktiviti korek pasir haram: Jengkaut, lori disita di Kota Belud
Published on: Tuesday, March 10, 2026
Published on: Tue, Mar 10, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Aktiviti korek pasir haram:  Jengkaut, lori disita di Kota Belud
JENTERA dan lori yang disita.
KOTA BELUD: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah menyita sebuah jengkaut dan lori dalam operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengorekan serta pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, di sini, pada Khamis lalu.

Pengarah JTU Sabah, Sr Chua Ming Ling @ Alan berkata, operasi tersebut dilaksanakan selepas pasukan penguat kuasa menjalankan risikan dan intipan selama kira-kira seminggu susulan maklumat mengenai kegiatan pengambilan pasir secara haram di kawasan berkenaan.

Advertisement
Menurutnya, pasukan penguat kuasa jabatan melancarkan serbuan kira-kira jam 9.45 pagi di lokasi yang dikenal pasti.

“Hasil serbuan itu, pihak jabatan telah menyita sebuah ekskavator jenis CAT dan sebuah lori Nissan 13 tan yang membawa muatan pasir darat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana individu yang berada di lokasi kejadian sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung operasi tersebut dan Kertas Siasatan (IP) akan dibuka oleh Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan bagi melengkapkan siasatan.

Advertisement
“Tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan di bawah Ordinan Tanah Sabah (Bab 68),” katanya.

Menurutnya, kejayaan operasi tersebut adalah hasil kerjasama antara Pasukan Penguat Kuasa Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemimpin masyarakat Kota Belud serta maklumat daripada orang awam.

Advertisement
Tambah beliau, jabatan akan terus mempergiatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti pengambilan tanah, pasir atau batu secara haram di seluruh Sabah.

“Jabatan Tanah dan Ukur Sabah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pengusaha yang melanggar undang-undang di bawah Ordinan Tanah Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here