Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Makan malam United Malaysia kembali
Published on: Monday, March 09, 2026
Published on: Mon, Mar 09, 2026
Text Size:
Text:
Makan malam United Malaysia kembali
Presiden United Malaysia Batholomew Jingulam melahirkan rasa terujanya untuk membawa acara itu kembali ke Sabah. 
Kota Kinabalu: United Malaysia, kelab penyokong rasmi Manchester United negara, dengan bangganya mengumumkan bahawa acara utamanya, Makan Malam Tahunan United Malaysia, akan kembali ke ibu negeri Sabah untuk edisi kelapannya.

Makan malam tahunan yang merupakan perhimpunan terbesar kelab penyokong Manchester United dari seluruh negara itu, kali ini akan diadakan di Dewan Hakka, di sini, dengan tema “United Unite! The Next Chapter,” pada 27 Jun. 

Advertisement
Selepas Kuching dan Kuala Lumpur pada 2024 dan 2025, acara itu membuat kepulangan yang dinanti-nantikan ke Kota Kinabalu tahun ini. 

Presiden United Malaysia Batholomew Jingulam melahirkan rasa terujanya untuk membawa acara itu kembali ke Sabah. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Seperti biasa, jamuan makan malam di Kota Kinabalu amat ditunggu-tunggu oleh ahli dan penyokong Red Devils di Malaysia,” katanya. 

“Ketika kali terakhir diadakan di sini, lebih 1,000 hadir, jadi kami menjangkakan tidak kurang tahun ini apabila kami membuka lembaran seterusnya dalam perjalanan kami sebagai komuniti peminat.”

Advertisement
Pengerusi penganjur Bryan Faurillo menambah bahawa Kota Kinabalu kekal sebagai tempat yang amat bermakna untuk acara itu. 

“Kota Kinabalu akan sentiasa memiliki tempat istimewa di hati peminat Manchester United Malaysia kerana di sinilah majlis makan malam United Malaysia pertama kali diadakan pada 2016,” kata Bryan. 

Advertisement
“Saya menggesa peminat untuk terus menanti pengumuman tiket untuk majlis makan malam itu dan kami menjangkakan ia akan terjual seperti pisang goreng panas.” 

Bryan berkata, seperti biasa, acara cabutan bertuah juga akan diadakan dimana pemenang mendapat perjalanan ditanggung sepenuhnya untuk menonton perlawanan secara langsung di Old Trafford, tempat kelahiran Manchester United yang terkenal. 

Butiran lanjut, termasuk maklumat tiket dan program malam itu, akan diumumkan tidak lama lagi di akaun media sosial United Malaysia. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here