Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Fenomena gerhana bulan hiasi malam Ramadan, Chap Goh Mei
Published on: Friday, March 06, 2026
Published on: Fri, Mar 06, 2026
Text Size:
Text:
Fenomena gerhana bulan hiasi malam Ramadan, Chap Goh Mei
PERUBAHAN rona bulan ketika fenomena gerhana bulan di Taman Suria, Penampang.
Kota Kinabalu: Fenomena gerhana bulan atau ‘blood moon’ menghiasi malam Ramadan dan sambutan Chap Goh Mei yang menandakan penutup perayaan Tahun Baharu Cina.

Dua jurufoto Jabatan Penerangan Sabah Johnny Joklis dan Shahvian Mohd Razali sempat merakamkan fenomena bersejarah itu di dua lokasi berbeza iaitu Taman Suria, Penampang dan Kampung Tambalugu, Tuaran.

Advertisement
Imej berkenaan memperlihatkan perubahan rona bulan ketika fasa gerhana penuh, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena astronomi itu. 

FASA gerhana bulan dirakam dari Kampung Tambalugu, Tuaran. Menurut Pejabat Mufti Negeri, gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang bumi menutupi permukaan bulan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu, pejabat berkenaan turut menggalakkan umat Islam menunaikan Solat Sunat Gerhana (Khusuf) serta mengimarahkan masjid dan surau sepanjang tempoh fenomena tersebut mengikut kesesuaian pengurusan masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here