Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Keputusan SPM SMK Kunak meningkat
Published on: Thursday, April 02, 2026
Published on: Thu, Apr 02, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Keputusan SPM SMK Kunak meningkat
KUNAK: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak mencatat peningkatan dalam Gred Purata Sekolah (GPS) bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan pada Selasa.

Pengetuanya Selamat Yusuf berkata GPS sekolah itu ialah 4.64 bagi tahun 2025 berbanding 4.81 pada 2024.

Advertisement
“Berdasarkan data ini GPS keputusan SPM telah meningkat sebanyak 0.17,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan di Dewan Seri Bestari, SMK Kunak.

Seramai 224 calon layak menerima sijil daripada 234 calon yang mendaftar bagi SPM 2025. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kadar kelayakan sijil tahun ini ialah 96.55 peratus, meningkat 1.88 peratus berbanding 94.67 peratus pada 2024.

SMK Kunak turut mencatat empat calon memperoleh 9A, enam calon 8A, 10 calon 7A dan sembilan calon 6A.

Advertisement
Antara pelajar terbaik yang memperoleh 9A ialah Putera Ahmad Najib Nordin, Alin Amrah Sanuddin, Nurul Aleeyza Amirullah dan Nurul Aqilah Jamaludin.

Enam pelajar yang meraih 8A pula ialah Nurhafizah Mohammad Nor, Muhammad Nazwan Jan, Putra Farish Iskandar Mohammad Sofian, Nurul Shuhada Qaisara, Elysia Talling dan Innocentia Laimin @ Valentine.

Advertisement
“Saya ingin merakamkan tahniah dan penghargaan kepada semua warga pendidik SMK Kunak khususnya guru akademik Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima atas pencapaian cemerlang SPM 2025 ini.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi serta meningkatkan motivasi untuk terus berkhidmat dalam memastikan kecemerlangan peperiksaan SPM pada masa akan datang.

“Kejayaan ini juga hasil kerjasama semua pihak termasuk guru, pelajar serta komitmen ibu bapa dalam memastikan pencapaian akademik terus diperkukuh,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here