Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Kes Geng Upik: Dua diperintah bela diri
Published on: Friday, February 27, 2026
Published on: Fri, Feb 27, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Kes Geng Upik: Dua diperintah bela diri
Pertuduhan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi mengarahkan dua individu didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng mengeluarkan perintah itu terhadap bekas pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Tawau, Inspektor Rahman Burijin, 44, dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45, pada Khamis.

Advertisement
Mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dan mengarahkan mereka memasuki peringkat pembelaan bagi pertuduhan masing-masing.

Mahkamah menetapkan perbicaraan peringkat pembelaan pada 9 hingga 13 Mac depan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Seramai 12 saksi telah dipanggil memberi keterangan di peringkat pendakwaan.

Rahman dan Jaisalfian didakwa melakukan kesalahan itu antara tahun 2015 hingga 2023.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Peguam Rahman memaklumkan mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memanggil tiga saksi untuk memberi keterangan.

Advertisement
Sementara itu seramai 13 individu termasuk seorang bergelar Datuk yang didakwa pada 2024 sebagai ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” yang dipercayai sindiket dadah terbesar di Sabah beroperasi antara 2015 hingga 2023 telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi pada 2025 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan lebih ringan.

Pada 18 dan 20 Mac 2025, seramai 10 individu masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif membantu kumpulan jenayah terancang bagi memajukan kepentingan kumpulan itu antara 15 Jun hingga 24 Disember 2023.

Pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan itu ditawarkan pihak pendakwaan selepas menerima representasi daripada tertuduh.

Mereka ialah Mahathir Jibarail, 49; Mohd Faridzul Asmahadi, 32; Mohd Fikri Asme, 29; Manan Ungok @ Salleh, 52; Mohd Fauzie Rablin, 34; Fazrul Bahar, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 38; Mazlan Mahmud, 49; Alkan Abraham, 36; dan Norsyafilah Pawawoi, 28.

Pada 5 Jun 2025, ahli perniagaan Datuk Maslan Sani, 42, yang bertindak sebagai ketua kumpulan “Geng Upik”, dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas mengaku bersalah menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu antara 2015 hingga 24 Disember 2023 di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

Pada tarikh sama, Nelson Yen Yee Chung, 47, pula dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif membantu kumpulan jenayah terancang itu antara 2023 hingga 24 Disember 2023 di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan.

Pada 16 Julai 2025, seorang lagi lelaki, Zulkahar Dusing, 30, dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas menukar pengakuan kepada bersalah menjadi ahli kumpulan “Geng Upik” di pertengahan perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail dan Nur Ainaa Ridzwan.

Rahman dan Jaisalfian masing-masing diwakili peguam Jakariya Ab Jalil dan Muhamad Amirul Amin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here