Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Hajiji, Kabinet lafaz ikrar bebas rasuah
Published on: Thursday, February 26, 2026
Published on: Thu, Feb 26, 2026
Text Size:
Text:
Hajiji, Kabinet lafaz ikrar bebas rasuah
HAJIJI menyerahkan dokumen IBR kepada Mohd Fuad selepas majlis.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang melibatkan Ahli Jemaah Menteri Negeri di Bilik Mesyuarat Jemaah Menteri, Menara Kinabalu, di sini, pada Rabu.

Sejurus selesai melafazkan ikrar, Hajiji bersama Ahli Jemaah Menteri menandatangani dokumen IBR yang disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.

Advertisement
Mohd Fuad berkata, pelaksanaan program IBR bersama Kabinet Negeri Sabah itu merupakan komitmen amat positif daripada kerajaan negeri dalam usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan akan terus diperluaskan ke kementerian serta agensi di bawah kerajaan negeri bagi memastikan usaha pencegahan rasuah dilaksanakan secara menyeluruh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelaksanaan program ini sekali gus memperlihatkan keberkesanan serta kesungguhan inisiatif yang dirancang supaya amalan rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan dapat dicegah secara lebih berkesan,” katanya.

Mohd Fuad turut berharap lebih banyak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pihak swasta, akan tampil menyertai program IBR.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here