Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Petronas ikrar sokong sektor OGSE Sabah
Published on: Thursday, March 19, 2026
Published on: Thu, Mar 19, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Petronas ikrar sokong sektor OGSE Sabah
Bacho berkata sektor OGSE kekal sebagai teras penting kepada ekonomi Malaysia dan menyumbang antara lima dan lapan peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kota Kinabalu: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengiktiraf peranan Sabah yang semakin meningkat dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha kerjasama yang lebih luas untuk memperkukuh sumbangan negeri kepada jaminan tenaga dan pembangunan ekonomi negara.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas Datuk Bacho Pilong berkata sektor OGSE kekal sebagai teras penting kepada ekonomi Malaysia dan menyumbang antara lima dan lapan peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Advertisement
Katanya ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan, tekanan penyahkarbonan dan permintaan meningkat terhadap tenaga selamat, mampu milik dan dipercayai sedang membentuk semula landskap tenaga global.

“Walaupun kita menghadapi perubahan pesat dalam landskap tenaga global, sektor OGSE kekal sebagai teras penting kepada ekonomi Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Dengan sokongan dan kerjasama berterusan daripada Sabah, kita dapat membina rantaian bekalan OGSE yang berdaya tahan dan mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai destinasi yang kompetitif untuk pelaburan sektor tenaga,” katanya pada majlis Pengiktirafan Vendor OGSE Sabah di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Ishak Ayub mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun, Naib Presiden Perolehan Kumpulan Petronas Rashidah Alias serta Naib Presiden Hubungan Strategik dan Komunikasi Kumpulan Petronas Norafizal Mat Saad.

Advertisement
Petronas dan kerajaan negeri Sabah turut mengiktiraf sumbangan vendor OGSE yang berpangkalan di Sabah dalam menggalakkan ekosistem industri tempatan yang mampan dan berdaya saing.

Pada 2025, sebanyak 98 vendor OGSE yang berpangkalan di Sabah telah diiktiraf atas keupayaan dan rekod prestasi mereka dalam meraih kontrak, mencerminkan pertumbuhan yang stabil sejak pemeteraian Perjanjian Kerjasama Komersial Sabah (CCA) pada Disember 2021.

Advertisement
Daripada jumlah itu, sebanyak 47 vendor menerima pengiktirafan buat kali pertama, mengetengahkan peluang yang meluas untuk penyertaan industri tempatan.

Jumlah kontrak yang diraih vendor Sabah juga naik dengan ketara daripada 133 pada 2021 kepada 499 pada 2025, mencerminkan keupayaan industri yang semakin meningkat.

Bacho berkata memperkukuh ekosistem OGSE Sabah adalah penting dalam memastikan daya saing Malaysia yang berterusan dalam sektor tenaga serantau dan global.

Katanya strategi tenaga jangka panjang Malaysia menyasarkan untuk mengekalkan pengeluaran negara sebanyak dua juta tong setara minyak sehari (2 MMboe/hari) untuk memastikan jaminan tenaga jangka panjang.

“Mencapai ‘North Star’ bergantung pada kekuatan ekosistem penyampaian kita. Inilah sebabnya ekosistem OGSE yang kukuh, berkemampuan dan berdaya saing amat penting,” katanya.

Beliau berkata Petronas terus memperkukuh Program Pembangunan Vendor (VDP) untuk menyokong vendor tempatan dan membina pemain industri yang berdaya saing serta mampu memenuhi piawaian negara dan global.

Petronas melengkapi usaha ini melalui Program Pembiayaan Vendor (VFP) yang menyokong vendor dalam memperkukuh daya tahan kewangan dan memperluas operasi perniagaan.

“VDP dan VFP membentuk sistem sokongan yang komprehensif – membina vendor yang berkemampuan dari segi teknikal, berdaya tahan dari segi kewangan dan berdaya saing pada peringkat global.

“Dalam melaksanakan sedemikian, kami memastikan ekosistem OGSE Sabah terus berkembang lebih kukuh, lebih pelbagai dan bersedia untuk masa depan,” katanya.

Sementara itu, Masidi, dalam ucapan yang dibacakan oleh Mohd Ishak berkata kerjasama Sabah-Petronas telah berkembang menjadi kerjasama yang berstruktur dan berimpak yang memberikan manfaat ketara kepada negeri.

Sejak pemeteraian CCA pada Disember 2021, katanya Sabah telah berkembang daripada sekadar penyertaan kepada pegangan kontrak, pemilikan ekuiti dan pewujudan nilai yang ketara.

Beliau berkata ini mencerminkan komitmen Sabah untuk mencapai penyertaan, pendapatan dan pengaruh yang lebih besar dalam menguruskan sumber aslinya dan memperkukuh ekosistem minyak dan gasnya.

Masidi berkata Sabah menyasarkan untuk mencapai 60 peratus penyertaan negeri dalam aktiviti OGSE melalui pegangan kontrak, pemilikan ekuiti dan usaha sama, menggariskan matlamatnya untuk memainkan peranan utama dalam sektor itu.

Beliau turut menggesa vendor yang berpangkalan di Sabah supaya mengekalkan standard keselamatan, kualiti dan akauntabiliti yang tinggi, menegaskan bahawa penyertaan adalah berdasarkan piawaian yang jelas dan berasaskan keupayaan selaras dengan keperluan yang telah ditetapkan oleh Petronas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here