Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
SIE 2026 buka peluang jaringan perniagaan
Published on: Tuesday, February 24, 2026
Published on: Tue, Feb 24, 2026
Text Size:
Text:
SIE 2026 buka peluang jaringan perniagaan
MUSA (lima dari kiri) ketika bergambar kenangan bersama Wong (empat dari kiri) dan rombongan.
Kota Kinabalu: Sebagai usaha menarik kemasukan pelabur, Expo Antarabangsa Sabah (SIE) 2026 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 4 hingga 6 September depan.

Penasihat Persekutuan Industri Sabah (FSI) Datuk Seri Wong Khen Thau berkata SIE 2026 dijangka memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelaburan strategik di samping membuka peluang jaringan perniagaan antara pemain industri tempatan dan antarabangsa.

Advertisement
“Ekspo tersebut bukan sahaja menjadi medan pameran produk dan perkhidmatan malah berfungsi sebagai platform padanan perniagaan, perkongsian teknologi serta pertukaran idea yang mampu merangsang pertumbuhan sektor perindustrian negeri.

“Acara sama juga mampu memberi peluang kepada penggiat industri Sabah untuk memperluas pasaran di samping menarik minat pelabur terhadap pelbagai sektor berpotensi termasuk pembuatan, teknologi, logistik dan perkhidmatan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Musa pada Isnin.

Beliau yang juga Presiden Kehormat FSI memaklumkan kunjungan itu bertujuan menjemput Tun Musa merasmikan SIE 2026 selain memberi taklimat mengenai aktiviti semasa serta peranan FSI dalam menyokong pembangunan sektor perindustrian di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here