Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Ops Pantau Ramadan 2026 : Rampasan RM1.09 juta dalam 295 kes
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Ops Pantau Ramadan 2026 : Rampasan RM1.09 juta dalam 295 kes
ARMIZAN (depan, dua dari kanan) bersama masyarakat pada program itu.
PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memeriksa sebanyak 16,059 premis menerusi Ops Pantau Ramadan di seluruh negara setakat 10 hari Ramadan.

Menterinya, Datuk Armizan Ali berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 295 kes telah dikesan dengan nilai rampasan berjumlah RM1.09 juta, manakala 229 kes telah dikenakan kompaun berjumlah RM57,500.

Advertisement
Katanya, antara lokasi tumpuan Ops Pantau seluruh negara yang telah bermula pada 19 Februari, baru-baru ini, termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya serta kedai runcit.

“Ops Pantau yang akan dilaksanakan sehingga 20 Mac ini bertujuan memastikan peniaga mematuhi undang-undang, termasuk berkaitan penandaan harga, penggunaan alat timbang dan sukat serta pemantauan bekalan dan harga barangan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Kesalahan tertinggi yang dikesan setakat ini, adalah kegagalan memaparkan tanda harga dengan 143 kes, diikuti oleh kesalahan alat timbang dan sukat dengan 78 kes,” katanya.

Beliau berkata, demikian semasa sidang media sempena Program Sentuhan Kasih, Program Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Kepenggunaan, di sini, Sabtu.

Advertisement
Dalam pada itu, Armizan berkata, sebanyak 6,268 bazar Ramadan seluruh negara telah diperiksa dan daripada jumlah itu, hanya dua kes direkodkan yang menunjukkan tahap pematuhan tinggi di kalangan peniaga.

Di Sabah katanya, sebanyak 1,430 pemeriksaan telah dilaksanakan dengan 59 kes dikesan membabitkan nilai rampasan berjumlah RM164,878, manakala sebanyak 49 kompaun berjumlah RM11,400 telah dikeluarkan.

Advertisement
“KPDN akan terus meningkatkan pemantauan di seluruh negara sepanjang Ops Pantau ini dan pengguna dinasihatkan agar terus menjadi ‘mata dan telinga’ bagi menyalurkan maklumat di saluran aduan rasmi KPDN untuk sebarang salah laku,” katanya.

Armizan berkata, sehingga 28 Februari, KPDN telah melaksanakan sebanyak 541 siri penganjuran PJRM Ramadan di seluruh negara dan kali ini, pihaknya menyasarkan 1,898 siri PJRM sama sepanjang tempoh bulan Ramadan.

Katanya, melalui PJRM Ramadan, pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran semasa melalui penyaluran subsidi.

“Melihat kepada sambutan menggalakkan dan manfaat dinikmati rakyat, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menginstitusikan PJRM sebagai inisiatif tetap kos sara hidup. 

“Ikhtiar ini membolehkan perancangan lebih tersusun dan penambahbaikan berterusan dibuat berbanding pendekatan pelaksanaan secara ad hoc sebelum ini.

“Antara penambahbaikan selepas PJRM diinstitusikan di bawah agenda Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), pelaksanaan PJRM dengan kekerapan tiga kali sebulan meliputi keseluruhan 600 DUN di seluruh negara serta 40 zon di Wilayah Persekutuan. 

“Kekerapan penganjuran ini juga boleh ditambah yang disesuaikan dengan keperluan dan orang ramai boleh merujuk takwim PJRM melalui pautan https://pjrm.kpdn.gov.my bagi mengetahui tarikh dan lokasi penganjuran nya sepanjang Ramadan ini,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here