Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling 2026 lulus, perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling 2026 lulus,  perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Mustapha berkata agenda pemerkasaan MA63 ialah proses berterusan dan pindaan RUU itu adalah antara kisah kejayaan dalam memperkasa hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak di bawah pimpinan Kerajaan Madani.
KOTA KINABALU: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat menjadi indikator jelas kesungguhan Kerajaan Madani dalam memperkukuh kedudukan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata melalui RUU itu, kuasa pengurusan dan kawal selia buangan terjadual di darat serta dalam perairan negeri diberikan kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Advertisement
“Melalui platform Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63), perkara berkenaan telah melalui proses rundingan terperinci, penelitian perundangan serta penyelarasan dasar sebelum diterjemahkan dalam bentuk pindaan undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat,” menurutnya dalam kenyataan Sabtu.

Beliau berkata agenda pemerkasaan MA63 ialah proses berterusan dan pindaan RUU itu adalah antara kisah kejayaan dalam memperkasa hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak di bawah pimpinan Kerajaan Madani.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, perkara itu antara 29 tuntutan MA63 yang diteliti melalui pelbagai platform rundingan termasuk MTPMA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jumaat lepas, persidangan Dewan Rakyat meluluskan RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dengan sokongan majoriti. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here